30/08/2021
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
Tahniah Malaysia! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 64 Tahun!
Korang tahu tak pada awal tahun 1957 laungan Merdeka sebanyak 3 kali telah menggegarkan seluruh Tanah Melayu.
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang telah menyaksikan peristiwa yang besar maknanya dan sangat bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan. Tapi sudah 2 tahun kita menyambut kemerdekaan sendiri sendiri,
tidak berkumpul dan laungkan kemerdekaan bersama.
Walaubagaimanapun, semangat kemerdekaan itu wajib ada dalam setiap diri kita kerana semangat bersatu dan juang kita bersama yang akan terus Merdekakan Tanah Air Kita!
Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia terus bebas dan merdeka dari segala yang tidak baik dan terus teguh dan aman. Juga semoga Malaysia dapat menangani dan mengurangkan kes wabak covid19 dengan segera. Amin Ya Rabbala’lamin.
MERDEKA 🇲🇾
MERDEKA 🇲🇾
MERDEKA 🇲🇾