21/09/2017
[BENIH AJAIB]
Di sebuah kampung terdapat seorang petani yg berjaya. Beliau mempunyai sebuah ladang jagung yg subur. Hasil tanamannya adalah yg terbaik. Mana tidaknya, setiap kali pertandingan buah terbaik akan dimenangi oleh beliau.
Lalu anak beliau bertanya kehairanan tentang bagimana ayahnya mampu menghasilkan jagung yg berkualiti tinggi secara berterusan.
Petani ini menjawab, "Rahsianya adalah ayah mempunyai benih ajaib. Benih ajaib yang terhasil daripada persekitaran yang kondusif. Cara mendapatkanya adalah dengan memberikan benih-benih dari ladang ayah kepada seluruh penduduk kampung.
Si anak kehairanan lalu bertanya, "Bagaimana dengan cara itu mampu menghasilkan jagung yang baik?"
Sambil tersenyum petani itu menjawab, "Apabila seluruh pokok di kampung ini berkualiti, maka debunga yang dirembeskan juga adalah yg baik. Sekiranya debunga itu rosak, maka akan menurunlah kualiti pokok-pokok jagung yg lain apabila debunga itu melekat pada pokok yg lain."
Petani itu menambah lagi, "Begitulah juga dengan kehidupan wahai anakku. Sekiranya engkau ingin berjaya, maka bantulah orang di sekelilingmu untuk berjaya sekali agar kejayaanmu itu berkekalan dan kamu tidak terbeban dengan orang disekelilingmu."