20/12/2021
...
SKAA BAB 3
“KHAYRA, satu perkara lagi akak nak pesan kat Khayra.” Jamila meletak tangan atas paha Khayra dengan renungan matanya yang kian redup.
“Apa dia, Kak Mila?” soal Khayra.
“Akak just nak pesan je dengan Khayra bukan nak cakap Khayra buat macam tu. Tolong jangan layan Akmal tu macam budak-budak. Dia bukan cacat. Dia cuma ada masalah minda lembab je. Yang lain semua normal. Akak bawa dia datang sini sebab dia tak de tempat tinggal. Akak anggap dia sebagai adik akak sama macam Khayra. Dia di sini sebagai keluarga akak bukan sebagai anak istimewa. Oleh itu, Kak Mila nak Khayra pun layan Akmal macam keluarga jugak dan orang normal. Jangan marah-marah dia sebab dia akan sedih hati dan rasa diri tak guna. Dia akan salahkan diri dia sampai hampir bunuh diri. Itu kompilasi yang akan berlaku dari apa yang doktor pakar pernah maklumkan pada akak dulu. Akak tak nak perkara tu jadi. Jaga hati dia ya. Janji dengan akak.”
Khayra mengangguk faham lalu merangkul lengan wanita itu.
“Kak Mila jangan risau. Lepas ni Khayra layan dia sama macam Khayra layan Kak Mila dan orang normal yang lain. Cuma tadi termarah dia sikit sebab Khayra nak dia berjaya. Risau p**ak dia jadi tekanan nanti.”
Jamila senyum nipis. “Dia okey je tu. Tadi akak tengok dia masuk bilik dia dengan kawan-kawan mandi solat. Ha satu lagi akak s**a dengan Akmal ni, solat tak tinggal. Bagus betul dia. Mesti keluarga dia dari keluarga yang baik-baik. Tapi, tulah sampai hari ni tak tahu siapa keluarga dia. Masa akak jumpa dia tu sehelai sepinggang. Dompet IC apa pun tak de.”
Khayra bertambah kagum dengan lelaki itu.
“Hah! Termenung lagi!” Lenyap awan lamunan memori semalam Khayra disergah seseorang. Dia menoleh sambil mengeleweh bibir melihat kakaknya si Kaysa bersama suami yang baru menyertai mereka sarapan pagi.
“Kak Kaysa… jangan sergah macam tu. Boleh terkena serangan jantung tau!”
Kaysa dan Akid duduk berdua tersengih dengan ekspresi Khayra waktu itu dan memulakan sarapan ringkas sebelum ke tempat kerja.
“Sorry dear. Adik kakak sorang ni asyik melamun je sejak semalam lagi. Teringat budak baru tu lagilah, kan?” tebak Kaysa seraya mengunyah roti bakar yang dicalit Nutella sebaik menyediakan roti bakar yang lain untuk Akid.
“Tak delah. Bukan macam tu. Cuma teringat apa yang Kak Mila cerita semalam pasal Akmal tu. Sedih betul kisah dia. Kak tahu tak, Kak Mila jumpa dia pengsan depan rumah Kak Mila. Bila dia sedar dia jadi pendiam dan doktor sahkan dia penghidap disleksia. Satu yang Khayra kagum dengan Akmal ni sebab solat dia tak tinggal,” cerita Khayra yang digigit perasaan pesona dengan keperibadian Akmal.
“Alhamdulillah syukurlah dia rajin solat. Walaupun dia lemah dalam pembelajaran tapi dia tak lupa kewajipan umat islam yang satu tu berbanding orang normal macam kita ni sesetengah tu ya tak ya je solatnya. Kadang-kadang tinggal terus. Lupa diri,” respons Kaysa rasa sejuk hati mendengar cerita adiknya.
“Baguslah OKU macam tu rajin solat. Untung Khayra dapat kenal dia. So, lepas ni Khayra pun janganlah lengah-lengahkan solat.” Akid menyelit dengan muka badak ditayangkan.
Khayra menjeling Akid kerana tidak s**a menggelar Akmal OKU di situ sebelum meminta diri ingin terus ke Pusat Jagaan Mutiara Kasih. Sebelum itu, sempat Kaysa meminta dia bawakan Akmal ke rumah itu mahu bersua muka sambil kenalan dengan lelaki itu memandangkan dia tidak sibuk dengan kerja hari itu.
………...
JAMILA bersama seorang lagi guru menyapu sampah sekitar rumah jagaan itu. Seorang lagi guru mengurus di dalam rumah itu.
Rumah jagaan itu besar ala-ala banglo setingkat dan memiliki beberapa bilik. Termasuk bilik untuk solat. Selesai kerja menyapu itu dia dan guru seorang lagi berehat di dalam pondok.
“Cikgu Mila, tengok Akmal ni. Malas nak mandi ni. Bila disuruh kita balik dimarahinya,” adu salah seorang guru yang mengurus dalam rumah.
“Akmal tu memang macam tu, Mek Yah. Kena ada cara dia. Jangan disuruh macam budak-budak. Dia mengamuk nanti. Dia bukan budak-budak lagi. Dah besar panjang. Kamal cuti p**ak seminggu. Kalau tidak dia boleh uruskan yang laki. Tak pe, biar akak pergi tengok.” Baru saja Jamila bangkit mahu masuk rumah, ada kereta masuk ke halaman membantutkan niatnya dan berpaling.
“Eh, Khayra. Ha, eloklah dia datang. Suruh dia jelah pujuk Akmal mandi. Akmal tu dengan Khayra mahu p**ak dengar cakap. Tak de nak melenting pun. Diam je. Yalah budak tu kan pendiam memanglah diam. Apalah kau ni, Mila.” Jamila menepuk dahi sendiri dan mendekati Khayra yang sudah keluar kereta membiarkan guru di situ menyambung kerja mereka yang tergendala.
Khayra tidak sempat berkata apa-apa Jamila dan menarik tangan bawa masuk rumah seraya menceritakan perihal Akmal yang malas mandi. Dia mahu gadis itu memujuk Akmal.
Ketika mereka masuk ke bilik tidur Akmal, dia sedang termenung seorang diri. Entah apa yang dikenangkan tanpa menghiraukan kehadiran gadis itu bersama penjaganya Jamila.
Khayra senyum dan mendapat satu akal.
“Pergh ada bau asyem ni. Ada orang tak mandilah Kak Mila, kan? Orang tak mandi ni dahlah bau kepam badan pun nanti jadi tak sihat betul tak, Kak Mila?”
“Ha’ah betul tu Khayra. Akak rasa orang dalam ni ada yang tak mandi ni. Kejap nak cari bau.” Jamila sengaja buat gaya menghidu bau itu datang dari mana. Padahal tiada bau pun. Sekadar mahu menjentik ekspresi Akmal.
“Bau kat Akmal ni. Ya Allah, awak tak mandi lagi ke Akmal? Kejap lagi ada kelas bacaan Yaasin. Kenapa tak kemaskan diri lagi?”
Akmal memandang mereka sekilas dan bangkit masuk bilik air tanpa membawa apa-apa. Tergeleng kepala Khayra dan Jamila dengan tingkah Akmal tika ini dan sengih sesama sendiri sebelum keluar dari situ. Sementara mereka yang lain sudah menunggu di bilik surau kecil di ruang tengah rumah untuk bacaan yaasin termasuk Sufyah. Khayra menyertai mereka dengan memakai selendang yang diberikan Jamila.
Jamila menyuruh salah seorang anak istimewa di situ Razif temankan Akmal dan bantu lelaki itu. Jika dibiarkan, memang takkan datang.
“Aiman, tolong cikgu bagikan pada semua. Kecuali Azura,” arah Mek Yah pada Aiman si syndrome down itu.
Aiman menurut arahan kerana sememangnya dia s**a membantu.
“Akak, Akmal memang lambat macam ni ke?” tanya Khayra setelah 20 minit menunggu.
“Tak tentu. Kadang-kadang cepat. Datang seh malas dia, macam tulah. Lambat. Sampaikan Kak Eyra ni kena pergi turutkan. Hari ni kami biarkan Razif teman. Dua dua pun lambat.” Eyra seorang lagi guru dan pembantu di situ menjawab soalan Khayra. Mereka sudah lama kenal namun jarang berbual kerana masing-masing sibuk menguruskan anak-anak di situ. Jamila penyelia dan pemilik di situ, banyak kerja diserahkan pada pekerjanya.
“Oh macam tu… Kak Mila, nanti petang nanti, Khayra ingat nak bawa Akmal dengan Piah balik rumah Kak Kaysa sekejap, boleh? Esok pagi Khayra bawak dia datang sini balik.”
Sufyah yang mendengar bersorak s**a. Laju saja dia memeluk Khayra. “Yeay, nak pergi yumah Khayra!”
Khayra membalas pelukan itu dengan kegembiraan hati.
“Uish, tak menyusahkan Kak Kaysa kamu tu ke? Akak rasa tak payahlah. Risau p**ak Kak Kaysa tu dengan suami dia tak selesa nanti.” Jamila memuntahkan kebimbangannya.
Khayra memandang Jamila. “Eh, Kak Kaysa yang nak jumpa Akmal. Pagi tadi beria-ia suruh Khayra bawak Akmal ke rumah. Dia kata petang ni dia tak sibuk dan balik awal. Bolehlah kak…”
“Yalah, tapi sehari je. Esok bawak dua dua datang balik ke sini.”
Keputusan Jamila cukup membuat hati Khayra dilonjak kegirangan.
Selepas itu, mereka meneruskan bacaan Yaasin setibanya Akmal dan Razif di situ yang diketuai Mek Yah.
………….
SEPERTI yang dijanjikan, Khayra membawa Akmal dan Sufyah ke rumah Kaysa.
Kebetulan kala itu Kaysa tiada di rumah kerana ada kerja minit akhir. Yang ada hanya Akid.
Mereka dibawa masuk ke bilik Khayra. Malas mahu bersemuka lama-lama dengan Akid yang semacam sikit perilakunya. Khayra lebih mengenali lelaki itu.
“Ha, korang rest dulu. Nak mandi ke apa semua dalam bilik ni je sebab bilik bawah tu bilik tidur bibik. Yang lagi satu bilik stor. Yang bilik sebelah tu bilik Kak Kaysa dengan suami dia. Depan bilik saya ni bilik solat. Kalau Akmal dan Sufyah nak solat ke nak mengaji ke semua kat situ je ya. Lepas tu nanti kita turun makan, okey?” ujar Khayra menerangkan kedudukan setiap ruang rumah itu sebaik menyuruh mereka berdua berehat.
Akmal hanya senyum macam biasa tanpa menjawab sepatah. Sufyah p**a menjawab ‘okey!’ dengan mencantumkan jari telunjuk dan ibu jadi bentuk ‘o’. Khayra sengih s**a dengan reaksi kedua mereka.
Khayra duduk di birai katil dengan Sufyah. Akmal p**a mengambil tempat di kerusi meja kerja dalam ruangan itu menghadap kedua gadis itu. Kekok.
“Tapi, sebelum tu… Khayra nak uji korang berdua lagi. Okey, mula dengan Piah dulu. Piah, apa benda tu?” Khayra mengunjuk ke arah komputer riba yang berada di atas meja belajar.
Gerak bibir Sufyah naik kedua belah hujungnya sambil menjawab dengan teragak-agak. “Tab! Tab tab.”
Pantas Khayra membetulkan jawapan Sufyah dengan bersahaja.
“Eh bukan bukan. Tu bukan tab sayang. Tu komputer riba. Atau laptop. Cuba sebut laptop.”
“Lapetop,” tiru Sufyah membenihkan tawa kecil Khayra lucu dengan sebutan itu.
Sufyah boleh p**a sambut ketawa Khayra tanpa rasa bersalah sebutannya yang kurang tepat itu. Hailah Sufyah… Sufyah…
“Apa apa ajelah Piah. Janji ada bunyi. Ha, Akmal yang senyum je dari tadi. Sekarang giliran awak p**ak. Saya nak tanya awak, apa beza kipas tangan dengan kipas siling tu?” Khayra mengerling kipas yang melekat di siling dan diikuti Sufyah juga Akmal.
Akmal memudarkan senyumannya apabila disoal Khayra tentang apa itu kipas. Dia menegakkan posisi duduk dari membongkok tubuh dengan bertongkat tangan atas paha sendiri tadi. Lama dia mengambil masa untuk menjawab. Seolah-olah soalan itu begitu s**ar untuk mencari jawapannya bagaikan peperiksaan besar p**a.
Khayra goyang kepala ke kiri dan kanan, khuatir jika lelaki itu tidak tahu membezakannya. Dia mengangkat bahu dan sudah menganggap buang masa jika bertanya si berat mulut seperti Akmal. Gadis itu tertunduk mencari cara untuk membuka minda lelaki itu semula.
“Er… ki… kipas tu adalah mesin bertenaga yang digunakan untuk membuat aliran udara. Kipas terdiri daripada susunan baling-baling atau bilah yang berputar, yang bertindak di udara. Pemasangan bilah dan hub berputar dikenali sebagai pendesak, pemutar, atau pelari. Kipas genggam, atau secara amnya kipas tangan, mungkin hanyalah sesuatu permukaan yang luas dan rata yang melambai-lambai bagi menghasilkan aliran udara. Secara umumnya, hasil buatan kipas genggam adalah kipas lipat, yang dibentuk seperti satu sektor bulatan dan diperbuat daripada bahan yang nipis seperti kertas atau bulu yang dipasang pada bilah yang berputar sekitar paksi supaya ia boleh ditutup apabila ia tidak digunakan.” Lengkap jawapan dari Akmal mencengungkan Khayra hingga berdiri gadis itu bertepuk tangan terkejut dan takjub. Dia terlupa tentang kajian yang pernah dia buat mengenai insan yang mengalami disleksia merupakan seseorang yang memiliki imaginasi terlalu tinggi serta bijak dalam merungkai kata di sebalik kemurungan mereka seperti Woopi Goldberg pelakon terkenal itu yang turut mengalami disleksia.
Sufyah turut bangkit meniru gaya Khayra menepuk tangan berbangga dengan sahabatnya itu.
Akmal kembali sengih dan perlahan bunyi ketawa halus, s**a dirinya diraikan.
Tok! tok! tok!
Keriangan mereka tersekat dengan bunyi ketukan pintu bilik beberapa kali dan mengalih pandangan serentak.
Figura Akid terjengul di muka pintu yang tidak bertutup itu.
“Makan malam dah siap. Jom makan.” Seusai lelaki itu memanggil mereka turun makan, Khayra membawa Akmal dan Sufyah bersama buntuti Akid ke ruang makan.
“Kak Kaysa mana?” tanya Khayra sebaik menyedari bayang kakaknya tidak kelihatan di situ sambil melabuh duduk di kerusi makan sederet dengan Akmal dan Sufyah.
Begitu juga, Akid yang duduk berhadapan dengan Khayra.
“Biasalah kakak Khayra tu kan s**a buat kerja last minute dan workaholic. Kak Kaysa call tadi kata ada kerja last minute yang dia kena siapkan hari ni jugak sebab lusa klien nak tengok hasil proposal dia tu. Esok dia dah cuti. Itu yang kelam-kabut tu.”
“Oh, patutlah. Okeylah, Akmal Sufyah jemputlah makan,” jemput Khayra dengan ramahnya.
Makan malam mereka dinikmati dengan tenang sehingga selesai selepas membaca doa makan.
Khayra yang terasa mengantuk dan berpinar mata, bangkit ingin mencuci pinggan mangkuk. Mungkin letih barangkali. Entah mengapa tiba-tiba terasa pandangannya gelap. Tubuh itu terkulai atas lantai. Mengantuk sangat agaknya?
………..
“KHAYRA! Bangun! Dah pagi! Bangun bangun!” suara kejutan pagi itu menyedarkan Khayra dari terlelapnya.
Dalam keadaan mamai dan berpendar kepala, dia buka mata. Entah kenapa rasa berat sangat mata itu hendak membukanya.
“Khayra! Kenapa biar Sufyah tidur di sofa bawah?”
Mendengar persoalan dan pekikan Kaysa pagi-pagi buta itu merenggut tubuh Khayra untuk bangkit duduk.
“Piah tidur bawah? Eh?” Gadis itu kebingungan dan pening-pening khayal terasa dingin tubuh memeluk tubuh sendiri dan tersentap. Dia tidak merasa ada pakaian yang melekat pada tubuh.
Liur direguk kasar lalu menunduk pandang tubuhnya yang sudah terdedah separuh dan separuh lagi dilitupi komforter tebal. Terbolong mulutnya dan menoleh ke sebelah setelah mendengar suara dengkuran halus.
Nafasnya laju bergerak keluar dari rongga hidung. “Arghh!”
Jeritannya kuat mengejutkan seseorang di sebelah.
Kriek...
Pintu terkuak dari luar dan terpersil wajah kekagetan Kaysa di depan pintu melihat keadaan Khayra bersama seseorang.
“Allahuakbar!” Melorot jatuh tubuhnya lemah semangat. Apa yang berlaku?