RedTag Online Sales -Bookstore

RedTag Online Sales -Bookstore Menjual pelbagai jenis buku dan novel baru
Lebih dari 100 buah buku "Ready Stock". Inbox Page / what

14/07/2017

Novel baru

ANDING AYANGAN BY Ramlee Awang Murshid

Berminat sila pm kami

15/03/2017

PROMOSI GEMPAKKK!!!!!!😍😍😍😍
========::::::==========
KHAS UNTUK WANITA DILUAR SANA YANG MASIH TERCARI-CARI HANDBAG BARU DAN JUGA PURSE..

PROMOSI DUO
NABILA HANDBAG + SALLY PURSE
RM75.00 SAHAJA
**WARNA ANDA BOLEH PILIH

YANG PASTI
FREE POSTAGE!!!
FREE POSTAGE!!!
FREE POSTAGE!!!

ANDA TIDAK PERLU BAYAR KOS PENGHANTARAN...

JANGAN TUNGGU LAGI...

CEPAT DAPATKAN SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!😘😘😘😘

📩Murah, Mudah dan Jimat
👜Handbag Pilihan anda

Cara untuk Order :
(Screen shot)
📱Whatsapp 👇👇👇
013 4089178
013 4089178
013 4089178

Fixi & DuBook===========Anda minat????Pm atau whatsapp kami untuk harga..018 400 2309018 400 2309Anda cari novel lain??b...
29/10/2016

Fixi & DuBook
===========

Anda minat????

Pm atau whatsapp kami untuk harga..

018 400 2309
018 400 2309

Anda cari novel lain??bagitau kami..

New Arrival!!!Novel terbaru..masih panas~Sila Pm atau whatsapp kami untuk harga..018 400 2309018 400 2309Anda cari novel...
29/10/2016

New Arrival!!!

Novel terbaru..masih panas~

Sila Pm atau whatsapp kami untuk harga..

018 400 2309
018 400 2309

Anda cari novel lain?bagitau kami...

29/10/2016
Promosi terhebat!!!!!!Novel -novel karya Hebat Ramlee Awang MurshidHanya Rm115 termasuk Postage**hanya semenanjung Sahaj...
29/10/2016

Promosi terhebat!!!!!!
Novel -novel karya Hebat Ramlee Awang Murshid

Hanya Rm115 termasuk Postage
**hanya semenanjung Sahaja

Jika berminat sila whatsapp 0184002309 atau pm page.
Anda juga boleh tinggalkan nombor telefon untuk hubungi.

Terima kasih

Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan ...
28/10/2016

Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

=====================================

Bagaikan Puteri
Harga :Rm19.90 tidak Termasuk Postage

Berminat?sila whatsapp
0184002309

RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya be...
28/10/2016

RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia p**a yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya p**a akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat p**a. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

=====================================

Novel adaptasi ke drama
CINTA 11 SYARAT
Harga : Rm28.00 tidak termasuk postage

Berminat?
Whatsapp 018 400 2309

Setelah panggilan diputus, lambat-lambat beg tangannya disambar dan disangkut semula ke bahu. Coffee latte yang masih be...
28/10/2016

Setelah panggilan diputus, lambat-lambat beg tangannya disambar dan disangkut semula ke bahu. Coffee latte yang masih berbaki separuh juga turut dibawa keluar dari kafe. Dia menapak masuk ke dalam kedai coklat berhampiran. Sebaik kakinya melangkah keluar selepas membuat pembayaran, telefon di dalam beg berbunyi. Kelam-kabut sebelah tangannya mengagau telefon di dalam beg. Belum sempat panggilan dijawab, coffee latte sudah terlepas dari pegangan. Sepantas kilat dia mendongak sebelum matanya terbeliak besar. Oh... my... god.
“Eh... apa ni? You tak nampak ke I lalu?!”
Suara nyaring itu menerjah pendengaran Warda.
“Saya minta maaf, cik. Saya betul-betul tak perasan tadi,” ucap Warda. Pantas tisu di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baju pramugari yang memandangnya dengan muka memerah itu cuba dilap. Tak sempat dia buat apa-apa, tangannya sudah ditepis laju. Kasar sekali.
“Tak payah! Bertambah kotor baju I nanti!” jerkah wanita itu.
Warda ketap gigi. Merah dan tebal rasa kulit mukanya diherdik sebegitu di tengah laluan orang ramai. Agak-agak la pun minah ni, aku dah mintak maaf, kan tadi! Bukannya aku sengaja nak mandikan dia dengan air kopi tu! Marahnya dalam hati.
“Inara, behave! Malu orang keliling tengok,” ujar seorang lagi pramugari yang berambut pendek separas bahu itu dengan suara tertahan. Lengan wanita bernama Inara itu dipegangnya.
“Macam mana you boleh suruh I behave, Tis? Lagi sejam kita dah nak masuk kabin. Takkan you nak I masuk dengan baju kotor macam ni!” marah wanita itu lagi.
Warda telan liur. Macam ni ke pramugari? Dalam flight punyalah lemah lembut, tapi di luar bukan main lagi.
Langkah deras Ejaz dan Johan yang baru turun dari briefing room itu terhenti serta-merta sebaik saja terdengar suara lantang yang cukup dikenali itu. Dari jauh lagi dia dah nampak muka masam mencuka wanita itu.
“Apesal p**ak tu?” soal Johan berbunyi gusar. Lantas dicuit lengan Ejaz seraya memuncung pada Inara yang berada tidak jauh dari situ. Flight bag masing-masing ditarik laju mendapatkan wanita itu.
“Sayang,” tegur Ejaz dari belakang.
Inara menoleh. Sebaik ternampak kelibat teman lelakinya itu, terus dibuka langkahnya lebar dengan muka masam mengalahkan mangga muda.
“Baby... tengok baju I ni tertumpah coffee,” adu Inara seraya memeluk lengan sasa itu memancing perhatian.
Warda berpaling ke belakang melihat gerangan siapa yang memanggil pramugari itu dengan panggilan ‘sayang’. Sebaik raut wajah kacak lengkap beruniform itu menyinggah matanya, degup jantungnya terhenti buat sesaat. Lelaki ni lagi?
Dia ketap bibir kuat. Terus kepala ditunduknya ke lantai yang berkilat bawah kaki. Menyumpah dalam hati. Dalam banyak-banyak pilot, kenapa la mamat ni jugak yang datang?!

=====================================

Novel Adaptasi ke Drama
Harga : Rm22.00 tidak termasuk Postage

Berminat ?
Sila whatsapp 018 4002309

Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakc...
28/10/2016

Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

=====================================

Harga : RM25.00 tidak Termasuk Postage

Jom whatsapp Segera untuk dapatkan naskah hebat Ini...

018 400 2309
018 400 2309
018 400 2309

17/07/2016

Untuk pembelian pakaian dan handbag sila ke page fashion.

MENJUAL PELBAGAI JENIS HANDBAG,WALLET DAN PURSE YANG BERKUALITI SERTA PADA HARGA YANG BERPATUTAN

Address

No. 3 Lorong Pokok Sena Indah 9, Taman Pokok Sena Indah, Pokok Sena
Tasek Gelugur
13300

Telephone

+60184002309

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RedTag Online Sales -Bookstore posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share