Tawau's Financial consultant.

Tawau's Financial consultant. i want to find someone who need an advise or consultation regarding their financial matter,
NO FEE N

NEED MONEY???👉to settle your credit card outstanding👉to buy properties👉to start business👉to buy car👉to finance anything ...
04/11/2020

NEED MONEY???
👉to settle your credit card outstanding
👉to buy properties
👉to start business
👉to buy car
👉to finance anything you want

we have special package for personal financing.

do you work for one of the companies below?

🤔eligibilIty
✅Malaysian
✅Minimum monthly salary of RM3,000.00 (inclusive of fixed allowances)
✅Employee of GLC
✅Individual applicant only
✅Age 21 to 58 years old
✅Confirmed and permanent employee
✅Subject to clean bankruptcy search

interested???just click 👇👇👇

http://www.wasap.my/60168366985/slaryfinancing



✅ ASB FINANCING IKAT PANJANG?Masa saya mula kerja, saya mulakan simpanan pertama saya dengan Amanah Saham Bumiputera (AS...
03/11/2020

✅ ASB FINANCING IKAT PANJANG?

Masa saya mula kerja, saya mulakan simpanan pertama saya dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Selepas lama menyimpan, saya cari idea bagaimana nak besarkan lagi p**angan simpanan saya.

Saya banyakkan membaca, hadir kelas pengurusan kewangan dan akhirnya terjumpa kaedah pelaburan dalam bentuk pembiayaan ASB Financing islamik p**a.

Ada yang gelarkan sijil ASB, ASB financing & ada pegawai bank yang promosikan dalam bahasa “ASB Loan” juga.

Saya rasa mungkin ini antara penyebab mengapa ramai yang bila mohon saja “ASB Loan” ini, mereka akan fikir bagaimana nak cepat-cepat habiskan saja.

Saya gemar cadangkan anak muda untuk maksimumkan tempoh pembiayaan ASB Financing ini.Banyak manfaatnya:

▶️ 1. Dapat rendahkan ansuran bulanan pembiayaan.Bila kecil jumlah kena keluarkan, takla pelabur rasa terbeban.

▶️ 2. Tempoh pembiayaan yang panjang melayakkan pelabur untuk menikmati jumlah pembiayaan yang lebih tinggi.

▶️ 3. Debt Service Ratio yang rendah.
Ansuran bulanan yang rendah menyumbang kepada nisbah hutang kepada pendapatan yang lebih rendah dan sebaliknya.

Bila DSR rendah, secara tak langsung dapat mengelakkan “gangguan” apabila pelabur berhajat menambah hutang baru nanti.

▶️ 4. Risiko “Bleeding” future dividen yang rendah.

Impak apabila ansuran bulanan asb financing rendah:

Bila dividen ASB diumum lebih tinggi bermaksud pelabur akan mempunyai lebih tunai di tangan lebih banyak.

Bila dividen ASB diumum lebih rendah,bermaksud pelabur hanya perlu buat penambahan modal yang minima.


Kurangkan risau bank buat untung besar bila pelabur panjangkan tempoh pembiayaan.

Sebaliknya fikirkan apa strategi bijak yang kita ada untuk maksimumkan keuntungan hasil dari fasiliti yang bank berikan kepada kita.


Pelaburan atau perlindungan? Yang mana lagi penting?Jawapan bagi persoalan ini adalah subjektif. Bergantung kepada tahap...
03/11/2020

Pelaburan atau perlindungan? Yang mana lagi penting?

Jawapan bagi persoalan ini adalah subjektif. Bergantung kepada tahap kewangan masing-masing. Tapi jika merujuk kepada Segitiga Kewangan, asas kepada kewangan kita adalah perlindungan.

*Apa beza antara pelaburan dan perlindungan?*

Pelaburan - Cara untuk mengembangkan kekayaan. Cth: ASB, Unit trust, Saham, Hartanah dan lain-lain.

Perlindungan - Cara untuk melindungi kewangan diri dan keluarga jika berlaku musibah seperti kematian, sakit, kemalangan dan kebakaran. Cth: Insurans/Takaful hayat, medical card, takaful kereta, takaful rumah dan lain-lain.

Dari segi kepentingan, dua-dua sama penting.

Hasil pelaburan bertujuan untuk digunakan untuk pelbagai tujuan hidup kita. Dalam hidup kita, semua benda memerlukan wang. Berkahwin, beli rumah, beli kereta, pendidikan anak, umrah & haji, melancong, dan lain-lain. Ini semua perlukan wang. Jadi kita perlu simpan atau laburkan sebahagian daripada gaji bulanan.

Perlindungan p**a kita jarang sedar kepentingannya. Sebab ia berkaitan dengan kematian dan sakit. Semua orang taknak mati cepat dan taknak sakit. Tapi yang pasti, setiap orang pasti akan mati. Cuma masanya adalah rahsia.

Mungkin kita merancang untuk menyimpan dana pendidikan anak, tapi pastikah kita akan hidup sampai waktu tersebut? Atau adakah kita akan sihat sampai masa yang ditetapkan? Bagaimana kalau kita meninggal dunia sebelum anak kita membesar? Dari mana datangnya dana pendidikan mereka? Tak payah fikir pasal dana pendidikan pun takpe. Fikir dulu dari mana mereka nak dapat duit untuk beli beras?

Sebagai backup plan kepada setiap pelaburan kita, kita mesti wujudkan tabung perlindungan segera. Jika berlaku musibah seperti sakit contohnya, duit simpanan kita tak perlu digunakan untuk rawatan jika kita ada takaful. Kalau tiada takaful, kemungkinan besar duit simpanan dah habis pun belum mampu cover kos perubatan. Jadi, takaful ni fungsinya untuk melindungi duit simpanan/pelaburan yang kita kumpul selama ini.

*Berapa kos bulanan untuk kedua-dua tabung pelaburan dan perlindungan?*

Kos ni bergantung kepada kemampuan masing-masing. Ikut rule, 10% daripada pendapatan kena gunakan untuk perlindungan. Tapi kalau gaji RM5000 sebulan, 10% = RM500. Mungkin ramai tak mampu sebab kos hidup lain-lain pun tinggi.

Bagi saya benda ni simple je, katakan selama ini boleh simpan RM500 setiap bulan. Lepas ni cuba bahagikan kepada 2 tabung. RM400 pergi ke tabung pelaburan, RM100 ke tabung perlindungan. Jadi komitmen bulanan masih sama, cuma tabung saja berbeza. Memang part simpanan akan berkurang, tapi kita terus ada perlindungan segera jika berlaku musibah. Backup plan kena kuat. Jangan simpan semua telur dalam bakul yang sama.

Kalau RM100 pun tak mampu, perlindungan dengan RM50 setiap bulan pun ada. Ambil dulu perlindungan minimum, nanti gaji dah naik, ada rezeki boleh tambah nilai perlindungan. Benda boleh ejas, jangan buat payah.

Klik je link di bawah untuk dapatkan sebut harga takaful. Kita ejas ikut kemampuan masing-masing.

wasap.my/60168366985/PlanTakafulMurah2020

Bagi yang nak menyimpan dalam ASB Financing, boleh klik link di bawah untuk dapatkan promosi 3.5%;

wasap.my/60168366985/asbf3.5

PELABURAN WAJIB UNTUK ANAK MUDA.Posting ni panjang. Better kau SHARE dulu, dah sampi ofis nanti baru baca. Jangan baca m...
22/10/2020

PELABURAN WAJIB UNTUK ANAK MUDA.

Posting ni panjang. Better kau SHARE dulu, dah sampi ofis nanti baru baca. Jangan baca masa tengah drive. Nanti kau excited baca sampai tak sedar terlanggar kereta depan.

1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan tinggi
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Sebagai rekod pertama CCRIS
8. Latihan komitmen bulanan
9. Sangat fleksibel
10. Kiraan mudah difahami

Kalau kau buat kira-kira ASB Financing dan kau nampak rugi, senang cerita, kau tu yang tak reti kira tapi bajet-bajet pandai. Ha! Awal-awal dah kena kasi ayat sentap.

Pertama sekali, kau kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android kau. Kalau pakai Apple, cari app EZ Financial Calculators.

Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kita perlu guna 2 jenis kalkulator je. Gambar kiraan saya ada sertakn sekali. Boleh rujuk.

>> ASB SIMPANAN BIASA.🤔

Katakan kau mampu simpan RM970 sebulan. Jadi, setiap bulan kau pun letak RM970 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Ambil purata dividen 5.5%.

Kira guna Compound Interest Calculator.

Monthly Deposit: RM970
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 5.5
Compounding: Annually

Total Principal: RM34,920.00
Maturity Value: RM38,045.61

Jadi, hasil yang kau dapat termasuk dividen terkumpul hanyalah RM38,045.61 selepas 3 tahun.

>> ASB FINANCING.😁

Kau mampu simpan RM970 sebulan. Jadi, mohon ASBF maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 30 tahun.

Setiap bulan, kau bayar ansuran RM970 kepada bank. Contoh kadar bank profit adalah 3.55% dan dividen purata ASB adalah 5.5%.

Jom kira berapa kau dapat pada tahun ke 3.

Kira guna Loan Calculator.

Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 3.55% per year
Loan Term: 30 Years
Monthly Payment: RM970

Klik button Amortization.

Amortization Schedule: 191,929.48 (Bulan ke-36)

Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF kau adalah RM191,929.48. Maka, prinsipal terkumpul kau pada waktu tu adalah RM200,000 – RM191,929.48 = RM8,070.52

Lepas kau mohon ASBF hari tu, bank dah letak ASBF RM200,000 dalam akaun ASB kau. Maka, kau akan dapat dividen berdasarkan amaun RM200,000 tu.

Kira guna Compound Interest Calculator.

Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 5.5
Compounding: Annually

Interest Amount: RM35,789.72 (total dividen)

Interest amount tu adalah mewakili dividen + bonus kau yang compounding selama 3 tahun.

Nak tengok berapa jumlah besar yang kau dapat, kena tambahkan prinsipal terkumpul dan dividen + bonus compounding ni.

RM8,070.52 + RM35,789.72 = RM43,860.24

Jadi, hasil yang kau dapat adalah RM43,860.24 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan kau buat joli p**ak. Buat duit untuk kahwin pun boleh.

>> KESIMPULAN

1. Simpan dalam bank
RM970 x 12 x 3 = RM34,920 (modal 3 tahun)

2. Simpanan biasa ASB:
RM38,045.61 – RM34,920 =RM3,125.61 (Net Profit)

3. ASB Financing:
RM43,860.24 – RM34, 920=RM8,940.24 (Net Profit)

Jauh betul beza tu. Dah terang lagi bersuluh, dengan ASBF boleh dapat extra RM8,940.24. Takkan masih nak simpan duit dalam bank biasa kan.

Benda ni ikut kemampuan kau sendiri. Kalau mampu simpan RM505 sebulan, kau buatlah kiraan untuk ASBF RM100,000 p**a. Kena bagitau juga pasal ni, risau kot-kot ada yang tak tahu.

so kalau masih x faham jangan segan untuk ajukan soalan, anda soal saya jawab 😁😁😁

nak tahu lebih lanjut bole tekan link kat bawah👇🏾👇🏾

https://bit.ly/3hn1YGo




*disclaimer: ini adalah penulisan sendiri, tiada kena mengena dengan mana mana institusi, kadar dividen 5.5% dan interest 3.55% adalah mengikut kadar semasa.

Address

Tawau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tawau's Financial consultant. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share