Veil Nikah Tawau

Veil Nikah Tawau Thank you for shopping with us

21/02/2022
Kepada wanita sekalian,Please take note!!
24/06/2020

Kepada wanita sekalian,
Please take note!!

Customer asalnya dari Tawau, tapi bekerja di Kota Kinabalu. Alhamdulillah, customer masih mencari hasil kerja tangan ora...
23/06/2020

Customer asalnya dari Tawau, tapi bekerja di Kota Kinabalu. Alhamdulillah, customer masih mencari hasil kerja tangan orang dan sangat berpuas hati.😍
Sebab tak dapat nak bagi by hand masa musim PKP haritu, jadi team kami dah kirim terus ke customer melalui perkhidmatan bas atas permintaan customer sendiri
Alhamdulillah, selamat sampai ke tangan empunya veil.
So gaiss, especially dah boleh submit order untuk majlis pernikahan korang❤️


Wahai wanita,Jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga m...
28/05/2020

Wahai wanita,

Jika engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah r.ha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40

Wahai wanita,

Jika engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat

Wahai wanita,

Jika engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga

Wahai wanita,

Jika engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah r.ha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya

Wahai wanita,

Jika engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, "Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana."

Wahai wanita,

Jika engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan jika engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan jika engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu

Wahai wanita,

Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu

Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1441H.ٍ ﺗَﻘَﺒَّﻞَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻣِﻨَّﺎ ﻭَﻣِﻨْﻚTaqabbalallahu minna wa minkumSemoga Alla...
23/05/2020

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1441H.

ٍ ﺗَﻘَﺒَّﻞَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻣِﻨَّﺎ ﻭَﻣِﻨْﻚ
Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian. ✨


11/03/2020

Bila nak cari isteri, uji dia dengan arahan, senang tak untuk ikut?

Bila nak cari suami, uji dia dengan kemarahan, sabar tak untuk tangani?

13/02/2020

Persediaan untuk majlis kahwin.

Apa door gift yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat?

Jangan menunggu pasangan yang sempurna, baru nak berkahwin. Tapi berkahwinlah, insyaallah kesempurnaan akan hadir dalam ...
31/01/2020

Jangan menunggu pasangan yang sempurna, baru nak berkahwin. Tapi berkahwinlah, insyaallah kesempurnaan akan hadir dalam hidup
Assalamualaikum dan Salam Jumaat ❤️

“ BERTUNANG...”Selagi mana kita dan dia masih belum berkahwin maka sentiasalah berdoa kepada Allah. Minta supaya Allah b...
29/01/2020

“ BERTUNANG...”

Selagi mana kita dan dia masih belum berkahwin maka sentiasalah berdoa kepada Allah. Minta supaya Allah berikan kita jodoh yang paling baik Agamanya. Lagi-lagi buat mereka yang sudah bertunang. Kerana bertunang dalam Islam hanyalah satu proses perkenalan. Tapi bukan lesen untuk kita bebas berbuat apa saja yang kita s**a.

Kalau boleh selama dalam tempoh bertunang elakkanlah berhubung tanpa sebarang keperluan. Selagi mana masih boleh di sampaikan melalui 'orang tengah' maka itu adalah lebih baik. Dan yang paling penting sekali adalah Istikharah. Kalau kita dan dia masih belum buat solat sunat istikharah maka buatlah solat istikharah terlebih dahulu.

Istikharah bukan hanya di lalukan bila kita ada pilihan lain. Tapi istikharah juga adalah tentang doa. Doa kita kepada Allah, minta supaya Allah beri kita petunjuk dan di permudahkan segala jalan yang baik buat kita dan dia.

Kerana kita s**a menilai seseorang dari kacamata luaran, dari nafsu, paras rupa dan sebagainya. Tapi jarang sekali kita menilai seseorang itu melalui kacamata iman. Jarang sekali kita mendahulukan pandangan Allah, redha Allah saat kita mahu berbuat sesuatu keputusan. Percayalah, Allah Maha Mengetahui.

Allah lebih tahu apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita. Dan Allah juga Maha Mengetahui apa yang baik buat agama, zuriat dan keturunan kita selepas dah hidup berdua nanti. Sedang kita tidak mengetahui apa-apa.

Allah dah bagitahu dalam Al-Quran.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (p**a) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Last but not least,

Apa yang kita sangka baik untuk kita tak semestinya ia adalah baik untuk kita. Dan apa yang kita sangka tak baik untuk kita itu tak semestinya ia adalah tak baik buat kita. Anologi dia kalau kita sepak bola belum tentu bola itu akan masuk ke dalam tiang goal.

Ya, kita mungkin boleh bermain dengan teka teki. Tapi yang pasti kita sendiri pun tak tahu bola itu akan masuk ke dalam tiang goal atau tidak. Maka begitu juga jodoh kita dengan manusia. Kita dah bertunang dengan dia tapi kita sendiri pun masih tak pasti sama ada dia jodoh kita atau bukan. Mungkin dia bukan jodoh kita tapi jodoh kita dengan orang lain.

Mungkin dan mungkin ya. Kerana hati kita ini sifatnya berbolak-balik. Sekejap nak ada kekasih sekejap nak hidup single sampai jumpa si dia yang benar-benar jodoh kita.

Sentiasalah baca doa ini.

"Ya Muqallibal Qulub. Tsabbit Qalbi A'la Dinik Wa 'Ala Thaa'tik." Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku dalam agamaMu dan ketaatan padaMu.

Have Faith
🙂

Silakan tekan butang SHARE. Tag adik-beradik, kawan-kawan dan pasangan kalian di ruangkan komen.

23/01/2020

Sekiranya kamu menganggap wanita itu bidadari..

Maka.. binalah syurga untuk nya kerana bidadari tidak tinggal di Neraka..

22/01/2020

Jangan ajar hati rindu pada yang tidak halal.

Hawa,
Jaga hati baik baik.
Tinggikan martabat kita sebagai wanita.

Jaga kesucian dan kehormatan kita.

Doa, semoga Allah pelihara setiap langkah kemana kita pergi.

InshaaAllah😊

Address

Tawau
91000

Telephone

+601162690679

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Veil Nikah Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share