Choco.Shake Crunchy & Crispy

Choco.Shake Crunchy & Crispy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Choco.Shake Crunchy & Crispy, Chocolate Shop, kebun baharu, Telok Panglima Garang.

Bakar kuih raya guna dapur gasPerkongsian ini khusus untuk mak-mak yang teringin nak buat biskut raya, tapi tak ada oven...
06/06/2019

Bakar kuih raya guna dapur gas

Perkongsian ini khusus untuk mak-mak yang teringin nak buat biskut raya, tapi tak ada oven. Sebabnya dengan cara betul bakar biskut raya atas dapur gas ini pun hasrat nak buat bermacam biskut raya boleh jadi kenyataan. Syaratnya.. RAJIN DENGAN TIDAK je.

Saya teruja betul tengok cara Puan Irhana Canella hasilkan bermacam-macam biskut raya yang dibakar atas dapur gas rumahnya saja. Bermakna tanpa oven tak jadi halangan untuk mak-mak tak buat biskut raya ya.

Ini serba sedikit garis panduan yang mak-mak boleh ikut, cara nak bakar biskut raya atas dapur gas bagi tak hangit. Yang penting hasilnya biskut rangup, cantik, gebu dan menjadi. Malah, pan yang digunakan tak hangit pun.

1. Mak-mak boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Sediakan pan atau kuali atau periuk bertutup. alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali tu akan buatkan aliran udara sekata dan biskut naik cantik.

2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan tu. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
Nota : Kalau letak air nanti tak jadi bakar biskut. Dia jadi kukus biskut pulak.

3. Sebelum mulakan kerja-kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian, barulah letakkan dulang untuk bakar biskut.

4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat cip dalam 20 ke 25 minit.

Untuk tips yang seterusnya anda boleh klik link di bawah. Sesuai untuk para ibu ikuti langkah mudah untuk membuat kuih pada musim perayaan. Semoga penyampaian ini memberi manfaat kepada anda semua!

Wanita ini kongsi cara bakar biskut raya atas dapur gas. Dengan cara ini, dia dah hasilkan 3 jenis biskut raya walaupun tak ada oven di rumah.

Cara membuat ais lebih tahan lamaAis adalah bahan yang digunakan untuk mendinginkan makanan atau minuman. Di musim puasa...
06/06/2019

Cara membuat ais lebih tahan lama

Ais adalah bahan yang digunakan untuk mendinginkan makanan atau minuman. Di musim puasa ini, biasanya banyak orang menginginkan ais untuk menghilangkan haus. Namun ais tidak boleh bertahan lama bila tidak dimasukan ke dalam freezer.

Berikut adalah beberapa cara supaya ais tidak mudah mencair bila berada di luar freezer.

1. Gunakan bekas ais yang berwarna terang. Carilah bekas ais yang terbuat dari bahan yang memantulkan cahaya. Warna-warna terang menyerap tidak menyerap banyak haba dan akan membantu ais lebih lama untuk mencair.

2. Bekas ais (ice box) yang dibuat dari nilon atau styrofoam akan menjaga ais tetap dingin sekurang-kurangnya dalam tempoh masa sehari. Material plastik akan menjaga ais tetap dingin selama semalam, selagi ia tidak diletakkan di bawah cahaya matahari secara langsung. Hindari menggunakan bekas dengan material logam kerana menyerap panas dan tidak akan menjaga ais agar tidak mencair untuk tempoh waktu yang lama.

3. Lapisi bekas ais dengan pelapis aluminium (aluminum foil). Permukaan pelapis aluminium yang memantulkan cahaya terbukti secara ilmiah dapat melambatkan pencairan ais dibandingkan dengan bahan lainnya. Sebelum meletakkan ais di dalam bekas ais, letakkan satu lapis pelapis aluminium di dalam bekas.

4. Bungkus bekas ais dengan kain. Jika anda tidak memiliki bekas ais yang baik, letakkan ais di dalam bekas tertutup dan kemudian gunakan kain atau selimut yang bersih untuk membungkus bekas itu. Cara ini akan menjaga agar ais bertahan untuk waktu yang lebih lama.

Untuk tips seterusnya, sila klik link di bawah dan klik butang like!

Ais adalah bahan yang digunakan untuk mendinginkan makanan atau minuman. Di musim panas biasanya banyak orang menginginkan ais untuk menghilangkan haus. Namun ais tidak boleh bertahan lama bila tidak dimasukan ke dalam freezer. Berikut adalah beberapa cara supaya ais tidak mudah mencair bila berada

Kebanyakan fresh grad masih belum tahu tentang format sebenar untuk buat resume. Tidak boleh terlalu panjang dan terlalu...
06/06/2019

Kebanyakan fresh grad masih belum tahu tentang format sebenar untuk buat resume. Tidak boleh terlalu panjang dan terlalu pendek. Kena just nice je sebenarnya.

Jika anda belum pernah buat resume, seeloknya tanya dulu tentang pendapat rakan-rakan atau keluarga yang pernah buat supaya anda tidak melakukan kesalahan pertama ketika ingin memohon kerja. Ini adalah tips resume yang amat berguna untuk fresh grad:

1. Pastikan resume anda tidak terlalu serabut atau fancy. Lebih baik jika menggunakan warna hitam dan putih sahaja.

2. Guna bahasa yang anda mahir bila bercakap. Jangan main letak je rating tinggi tapi bila bercakap, tergagap.

3. Kemahiran teknikal adalah penting untuk ada dalam setiap resume. Tapi dinasihatkan anda terangkan sendiri tentang soft skills ketika sesi temuduga itu sendiri. Lebih mudah.

4. Terangkan secara ringkas serba sedikit tentang diri anda. Pastikan tak terlalu panjang supaya tidak mengambil masa yang lama untuk dibaca.

5. Latar belakang pendidikan dan pencapaian yang pernah diterima harus ada tapi tak perlu terangkan secara panjang lebar

Mahu mengikuti tips ini lebih lanjut? Sila lah klik link di bawah

Tak perlu terlalu fancy pun sebenarnya.

Bateri Phone Cepat RosakSituasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dik...
06/06/2019

Bateri Phone Cepat Rosak

Situasi kehabisan bateri telefon bimbit boleh menjadi sesuatu yang sangat mencemaskan. Boleh dikatakan setiap individu pasti mula menggelabah jika melihat telefon bimbitnya sudah mengeluarkan tanda amaran berwarna merah.

Stress sebab terpaksa mengecas telefon pintar anda tiga empat kali sehari? Jangan beli telefon yang baru semata-mata sebab bateri handphone cepat habis. Membazir. Apa yang patut anda buat sekarang adalah kenal pasti punca kenapa bateri mengalir macam air.

Rasanya macam baru sahaja dicas tetapi kenapa tiba-tiba bateri telefon ni dah nak mati? Berikut merupakan 6 sebab kenapa bateri telefon bimbit selalu cepat kong.

1. Cas telefon bimbit sehingga 100%

Para penyelidik mencadangkan bahawa jangka hayat bateri yang ideal adalah di antara 30 hingga 80%. Jika bateri berada di bawah paras 30%, ia adalah tidak sesuai untuk kondisi telefon bimbit anda.

2. Tidak cas telefon bimbit sehingga bateri mati

Setiap kali anda membiarkan telefon bimbit yang tidak dicas off sendiri, anda sebenarnya mengundang kerosakan pada bateri telefon bimbit tersebut. Jadi, apabila melihat bateri anda hanya tinggal 10%, cepat-cepatlah cari charger untuk mengecasnya.

3. Overheating

Ini mungkin tidak terjadi kepada semua tetapi apabila telefon bimbit anda di dalam keadaan overheat, ia sangat berisiko tinggi untuk menyebabkan bateri telefon anda rosak. Bagi pengguna iPhone, mereka akan diberi amaran jika telefon bimbit tersebut berada dalam keadaan overheat dan segeralah mencari jalan keluar untuk meredakan kepanasan itu.

4. Gunakan pengecas wireless

Terlalu bergantung kepada pengecas wireless juga dapat membuatkan bateri telefon anda rosak. Fungsi pengecas wireless ini sama sekali berbeza dengan pengecas yang dipasang pada kabel.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik link di bawah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://semuanyajdt.com/bateri-telefon-cepat-habis/amp/

Bila badan tak biasa terima perubahan drastik, puasa hari pertama kebiasaannya akan menjadi hari yang sukar buat sesetengah individu, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ingin dinasihatkan, meskipun puasa itu adalah satu kewajipan bagi yang beragama Islam, janganlah ada

06/06/2019

BUNGA

Bunga memberikan seribu satu makna pada setiap pemberi bunga. Bunga biasanya diberikan kepada pasangan kekasih, isteri, ibu dan juga teman. Dijadikan juga hadiah sebagai tanda terima kasih, melawat seseorang, memujuk dan ucapan tahniah. Tidak kurang juga bagi yang ingin meraikan sesuatu hari yang bermakna seperti hari jadi, hari ibu dan hari graduasi. Apa makna di sebalik setiap jenis bunga yang diberi? Harini saya kongsikan ilmu dalam makna setiap jenis bunga πŸ’

1. MAWAR

Bunga mawar adalah bunga yang paling terkenal untuk diberikan kepada sang kekasih. Lebih-lebih lagi di hari simbol percintaan iaitu Hari Valentine. Setiap warna bunga mawar membawa maksudnya yang tersendiri. Walaupun dengan hanya sekuntum, dapat menceriakan hari si gadis.

2. TULIP

Bunga tulip melambangkan bahawa si pemberi memohon maaf. Selain itu, bunga tulip juga membawa maksud menyatakan cinta, ambil berat, kemewahan, semangat yang tinggi dan juga persahabatan. Secara umum, bunga tulip melambangkan cinta yang sempurna.

3. ORCHID

Bunga orchid atau anggerek merupakan bunga yang memerlukan waktu yang cukup lama untuk berbunga. Setelah menghasilkan bunga barulah orchid atau anggerek ini kelihatan cantik. Orchid juga tidak akan cepat layu. Orchid atau anggerek ini sesuai untuk pasangan atau teman yang meraikan hari graduasi atau mendapat apa-apa jenis pencapaian yang membanggakan.

4. MATAHARI

Bunga ini diberi nama bunga matahari kerana sifatnya yang selalu menghadap ke arah matahari. Itulah yang membuatkan bunga matahari menjadi simbol ketulusan dan kesetiaan. Kalau ingin menunjukkan kesetiaan kepada pasangan, bunga matahari adalah bunga yang paling tepat untuk diberikan kepada sang kekasih.

5. DAISY

Bunga daisy yang juga dikenali sebagai bunga aster memberi makna kesetiaan dan kesabaran. Bunga ini hanya sesuai untuk seseorang yang kamu selesa dan yakin akan kesabaran dan kesetiaannya. Selain mawar, daisy juga adalah pilihan yang tepat buat sang kekasih.

Daripada lima jenis bunga di atas, sudahkah anda mendapat idea bunga apa yang ingin diberi kepada seseorang istimewa? Jika anda inginkan penghantaran istimewa bomboloni dan disertakan dengan bunga, boleh terus DM saya untuk order!

EDISI TERHAD, TUNGGU APA LAGI! DM saya cepat-cepat!

06/06/2019

CINTA

Cinta adalah naluri rahsia manusia yang tidak boleh dicuri ataupun dihukum. Perasaan itu lahir atas kecenderungan tertentu yang terdapat dalam diri manusia. Ia sesuatu yang indah dan mendamaikan. Malangnya, realiti kini menyaksikan betapa parahnya kefahaman umat Islam terhadap nilai cinta dalam kehidupan mereka. Oleh itu, cinta memerlukan fatwa, iaitu penjelasan terhadap kandungan sebenar yang semakin pudar daripada kulit asalnya.

Cinta yang paling agung ialah cinta kepada Allah dan Rasulullah. Kedua, cinta antara sesama makhluk Allah dan di sini bermulalah pecahan cinta. Antara seluruh makhluk Allah, kita haruslah utamakan cinta kepada ibu dan ayah. Ini kerana, mereka lah yang telah melahirkan kita di muka bumi ini. Tanpa mereka, tidak wujudlah kita di dunia ini.

Sebagai tanda penghargaan kita kepada ibu bapa kita, apa kata anda hadiahkan mereka donut bomboloni untuk mengukir senyuman di wajah mereka. πŸ˜˜πŸ’— pasti mereka akan gembira dengan hadiah daripada anda! Jadi apa lagi, meh slide DM sis untuk order!

Tips Untuk Bulan PuasaBila badan tak biasa terima perubahan drastik, puasa hari pertama kebiasaannya akan menjadi hari y...
06/06/2019

Tips Untuk Bulan Puasa

Bila badan tak biasa terima perubahan drastik, puasa hari pertama kebiasaannya akan menjadi hari yang sukar buat sesetengah individu, lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Ingin dinasihatkan, meskipun puasa itu adalah satu kewajipan bagi yang beragama Islam, janganlah ada di antara ibu bapa yang memaksa anak-anak kecil untuk berpuasa… di mana ia sebenarnya di luar kemampuan mereka.

Hal yang demikian sebenarnya tidak hanya fokus terhadap kanak-kanak sahaja, golongan dewasa juga kadang kala dibelenggu dengan masalah untuk kekal cergas sepanjang hari ketika Ramadhan.

Harini saya mahu kongsikan tips untuk buat perut sentiasa rasa kenyang dan tidak mudah berasa lapar! 😊

1. Jangan Ambil Makanan Masin Ketika Bersahur

Orang Melayu memang tak boleh lari daripada hidangan lauk sampingan seperti ikan masin, telur masin serta cicahan budu dan cencalok sebagai pembuka selera saat menikmati nasi. Lebih-lebih lagi ketika nasi itu dimakan panas! Mmm, rasanya memang sedap kan?

2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur

Nikmatilah makanan serta sayuran yang rangup seperti lobak merah dan kobis ketika bersahur. Dengan menikmati makanan yang β€˜keras’ sebegitu, mulut anda akan mengambil masa yang lama untuk mengunyah sebelum menelan.

3. Makan Kekacang

Selain mengambil masa untuk dikunyah, kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.

Klik di sini untuk mengetahui tips yang lebih lanjut:

Bila badan tak biasa terima perubahan drastik, puasa hari pertama kebiasaannya akan menjadi hari yang sukar buat sesetengah individu, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ingin dinasihatkan, meskipun puasa itu adalah satu kewajipan bagi yang beragama Islam, janganlah ada

Petua Mengatasi Rambut GugurKeguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bert...
06/06/2019

Petua Mengatasi Rambut Gugur

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran.

Jom kita lihat cara terbaik bagaimana untuk mengurangkan dan menghalang masalah ini daripada terus menghantui anda.

1. Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.

2. Tocang Rambut Sebelum Tidur
Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.

3. Makan Makanan Tinggi Protein
Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

4. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.

5. Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses β€˜bleaching’.

Ingin tahu tips yang lebih lanjut, korang boleh klik link di bawah:
https://www.suria.my/sensasi/gaya/11-petua-hebat-untuk-wanita-yang-ada-masalah-rambut-gugur/?fbclid=IwAR2X8twVvjxs8XV4EtNDUANGwG9mcOIqoUZ8Hsgd-Tb4K6DDg2V1Ly_ZCdk

Hai !Untuk penggemar coklat .Harini kami nak buat promotion kaw kaw untuk penggemar chocoshake tau πŸ₯°πŸ₯° Kami nak bagi FREE...
11/03/2019

Hai !
Untuk penggemar coklat .
Harini kami nak buat promotion kaw kaw untuk penggemar chocoshake tau πŸ₯°πŸ₯°
Kami nak bagi FREE topping untuk pembelian 3 balang β€ΌοΈπŸ˜± Wahhhhh ‼️ Jarang sekali kami nak bagi FREE topping tau .
So ape tunggu lagi ? cepat cepat whatsapp kami sebelum terlambat . Promotion untuk 2 Hari sahaja tau . jangan lepaskan peluang anda 😍😍

Address

Kebun Baharu
Telok Panglima Garang
42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Choco.Shake Crunchy & Crispy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category