Hafiz Rusmali

Hafiz Rusmali Pakaian wanita, baju melayu, tudung ekslusif, karpet.

22/05/2025

Jangan pernah putus asa dengan hidupSesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang meletakkan harapan kepada-Nya. Dalam setiap kesulitan, ingatlah bahawa Dia tidak pernah meninggalkan kita. Jangan lakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri, kerana diri kita adalah amanah dari Allah. Sayangi diri, kerana Allah menyayangi kita lebih dari apa yang kita mampu bayangkan.Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingat-Ku.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Hadis ini mengingatkan kita untuk sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita, terutama dalam saat-saat yang s**ar.

19/12/2024

as slm. lama tak update kt sini. semoga sihat2 kehendaknya.

11/08/2024

Malas cakap banyak sebab cantik sangat ! Yang dah beli je tau macam mana kualiti dia. Memang cenggini 👍

Si Rose ni antara kami punya best seller. So kalau kakak kakak dah berkenan, cepat grab dalam beg kuning nanti ye

27/02/2024

Watch, follow, and discover more trending content.

20/12/2023

Setiap hari adalah proses belajar.

Belajar memaafkan, bersabar, menerima, dan lainnya. Ada hari kita berbuat salah, tapi selanjutnya kita mesti belajar lagi.

Selagi hidup, maka selama itu juga kita harus terus berproses, belajar, berjuang, sampai Tuhan mengatakan waktunya pulang.

Apa yang special pada 11.11 nanti ? Khas untuk warga Temerloh, kain pasang bercorak batik pelbagai design dan warna kami...
06/11/2023

Apa yang special pada 11.11 nanti ?

Khas untuk warga Temerloh, kain pasang bercorak batik pelbagai design dan warna kami tawarkan dengan harga RM 29.90 sahaja sepasang. 4 meter !

Jemput datang bagi semua penjawat awam yang nak cari kain pasang bercorak batik, adik kakak yang memang s**a pakai baju kurung ke tempat kerja, ni lah masanya untuk kita shopping

Jumpa nanti ye. Save the date , 11.11

Warisan Textile
Landmark : Berhadapan Pusat Dialisis & sebaris Kamdar, Temerloh.

Siapa kata B0lK0T TIDAK EFEKTIF?Baru-baru ini, dilaporkan, tiga jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saha...
04/11/2023

Siapa kata B0lK0T TIDAK EFEKTIF?

Baru-baru ini, dilaporkan, tiga jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot strategik, McDonalds, Starbucks dan Disney. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu b0ik0t), kejatuhan nilai tiga perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memb0ik0t 3 syarikat ini.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10%-20% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi.

Adakah dengan b0ik0t perniagaan seperti Mc Donalds, Starbucks & Disney dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?

Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.

Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zi0nis. Usaha boikot menjatuhkan nilai ekonomi mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan prihatin. Usaha b0ik0t akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zi0nis dalam membantu mereka.

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zi0nis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zi0nis.

Dan walaupun mungkin Zi0nist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu Palestlne serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha b0ik0t kita.

Kini dikatakan, kita menang peperangan media diserata dunia. Apa kata kita menang juga perangan ekonomi.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga - walaupun sedikit demi Islam.

02/09/2023

Rezeki hari ni. Atas sorang customer pun dah banyak ni. Ni bahagian dia je, rupanya tadi dia ada siap belanja customer lain lagi.

Alhamdulillah, terima kasih kak ! Semoga murah rezeki kak Laura sekeluarga. Ni kami live kat t**i ye. Yang belum follow, follow kami dekat t**i warisantextile_ tau

Dah follow cuba komen DONE FOLLOW dekat ruangan komen. Senang nak FOLLOW 🔙

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Mudah mudahan Malaysia akan terus maju dan semoga kita terus hidup aman damai dengan kepel...
31/08/2023

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Mudah mudahan Malaysia akan terus maju dan semoga kita terus hidup aman damai dengan kepelbagaian kaum yang ada dinegara kita. Amin yra

Warisan Textile beroperasi macam biasa di Hari Kemerdekaan ni. Jemput datang ye.. Kami beroperasi dari pukul 10 pagi - 7 malam sahaja.

~~~~~~~~~~*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ   الرَّحِيْـــــم* *Ya Allah, hindarilah kami daripada dosa dan maksia...
30/08/2023

~~~~~~~~~~
*بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم*
*Ya Allah,
hindarilah kami daripada dosa dan maksiat serta hindarkan kami daripada segala musibah, wabak penyakit, kesulitannya, kejahatannya serta segala dugaan yang nyata dan yang tersembunyi, khususnya bagi diri kami, keluarga kami, sahabat kami, negeri dan negara kami.*

*Ya Allah... dengan keberkatan limpahan kurnia-Mu, kami memohon kepada-Mu kesembuhan dari penyakit, kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, kea'fiatan jasad, kesihatan fikiran, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut dan ampunan setelah datang maut..💐*
*آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن*

* * * *

Assalamualaikum dan morning semua ❤️
30/08/2023

Assalamualaikum dan morning semua ❤️

Address

Temerloh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hafiz Rusmali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share