14/12/2020
Jika kau telah merancang segalanya. Namun setelah kau memulakannya halangan demi halangan hadir dan kau mula bertanya pada diri "kenapa semua ini terjadi". Tanpa kau sedar dan silap bahawa manusia hanya merancang tapi Allah jua lah yang menentukan.
Mungkin dia hadirkan beberapa halangan tersebut untuk latih diri kau agar tidak putus asa dan sentiasa berusaha kerana ianya akan hadir sesuai dengan masa yang tepat. Belajar lah untuk tetap sabar dan tabah dalam menghadapi segala ujian. Kerana selagi kau masih bernafas, kau tak kan lari daripada diuji. Sungguh ujian dan pengalaman itu akan membentuk diri ke arah yang lebih baik.