11/07/2021
Beli emas mahal.
Bila tiada duit terpaksa jual emas, dan rugi p**a sebab jual lagi murah berbanding beli.
Tuan, emas tertakluk kepada harga pasaran semasa. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana & panjang. Syarat utama pelaburan adalah melabur dengan duit lebihan selepas mempunyai wang kecemasan 3-12 bulan
Jika anda terpaksa menjual emas anda sebab perlu duit, maka ketahuilah bahawa simpanan kecemasan anda masih tidak mencukupi.
Tiada siapa boleh jamin melabur terus untung. Paling bagus pun ASB, beri jaminan tidak hilang modal asas.
Jika ada suatu pelaburan beli hari ini & esok terus kaya, sudah lama PNB, Khazanah dan sewaktu dengannya melabur dengan nya.
Emas bagi saya adalah insurans kepada ‘kebodohan’. Kebodohan saya yang tak pandai simpan duit. Demi Allah, saya bersyukur kerana emas telah banyak membantu saya dari ‘kebodohan’.
Gambar di bawah adalah tangkap layar keadaan emas semasa 8 Julai 2021, 9.30pm. Anda rasa rugi? Ya saya rasa rugi sebab tak beli emas sejak saya mula menjejakkan kami ke alam pekerjaan pada tahun 2005 (16 tahun dahulu).