03/12/2021
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Insya-Allah, kelas 'home school' bermula 12 Disember 2021.
Kami memang mengajar anak-anak secara 'home school' kepada sesiapa yang ada anak yang susah menerima pelajaran (kategori lembam/lambat boleh tahu). Tidak semua ibu bapa boleh mengajar anak-anak di rumah semasa PDpR.
Kami mengajar subjek teras Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik seawal umur tiga tahun.
Contoh pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Mengenai tulis ayat:
1. Diminta tulis ayat mengikut cara bercakap terlebih dahulu.
2. Kemudian akan diajar menyusun ayat menggunakan tatabahasa yang betul.
Pelajaran sains dan matematik:
Mengenai pokok:
1. Diajar mengenai pokok melalui teori dan praktikal. Contoh:
Tumbuhan memerlukan matahari untuk membentuk makanan. Ada ujikaji-ujikaji mengenainya, selain carian internet untuk mudah faham.
2. Mengira cara mudah menggunakan sumber semula jadi seperti batu/batang ais krim/tutup botol dan permainan minda.
Selain belajar, pengajian Al-Quran/Iqra dan amalan fardhu Ain diberi PERCUMA setiap hari tamat kelas. Kelas diajar dalam mini library, boleh tidur dan makan juga (santai dan tiada tekanan).
Empat subjek ini termasuk papan putih dan pen tulis dan beberapa buku latihan:
Bayaran permulaan RM150. Bersama pakej:
1. Alatan tulis papan putih (whiteboard)
2. Buku teks pilihan Pustaka Nur Hidayah.
3. Buku latihan tubi
4. Alatan tulis biasa
5. Kupon menu tea time (kuih/biskut/kek/teh/koko) untuk 20 hari belajar.
6. Fail prestasi pencapaian
7. Kad keahlian Pustaka Nur Hidayah
Waktu belajar:
Ahad hingga Rabu (empat hari sahaja). Lima jam sehari. Pukul 8:30 pagi, mula menerima kedatangan pelajar. Pelajar boleh membaca buku di mini pustaka/library.
Jadual pembelajaran:
10:00 - 10:40 pagi : Bahasa Melayu Adab
10:40 - 11:10 pagi : Rehat/Riadah (Sarapan pagi). Membaca
11:10 - 12:00 tengahari : Matematik Niaga.
12:00 - 12:20 tengahari : Rehat minda
12:20 - 1:00 petang : Bahasa Inggeris Pertuturan.
1:00 - 2:00 petang : Rehat/Solat/Tidur. Makan (infaq NHE)
2:00 - 2:40 petang : Sains alam.
2:40 - 3:40 : Mengaji Al-Quran dan Fardhu Ain PERCUMA.
Selepas waktu sekolah, dibenarkan menggunakan library sehingga pukul lima petang sahaja.
Kelas seawal tiga tahun sehingga 12 tahun sahaja. Terhad 10 orang sahaja satu sesi (3 - 7 tahun, 1 sesi. 8 - 12 tahun, 1 sesi).
Tuisyen secara tunjuk ajar (subjek sekolah Kementerian Pendidikan), hanya RM40 (empat subjek teras), dua jam sehari bermula 8:00 hingga 10:00 malam.
Pelajar sekolah menengah, pelajar universiti dan pekerja, dialukan menggunakan library dengan bayaran tahunan RM60 sahaja. Wi-Fi PERCUMA. Library dibuka pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.
Bayaran bulanan kelas untuk empat subjek teras : RM100 sebulan.