27/04/2022
ASSALAMUALAIKUM & SALAM RAMADHAN SEMUA,
Admin ada pengumuman penting, bulan APRIL 2022 adalah bulan akhir kami beroperasi. Selepas raya kami dah tutup. Disini kami nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih yang tak terhingga kepada semua customer yang telah menyokong kami selama empat tahun ini. Tidak mudah untuk buat keputusan, tapi mungkin rezeki kami di kedai ini sampai di sini sahaja.
Kami akan beroperasi sehingga 30hb April 2022. Bazar & kedai akan terus beroperasi sehingga ke hujung bulan. Sekiranya anda ingin makan nasi briyani kami, boleh terus berkunjung ke kedai kami atau boleh whatsapp dulu untuk tempahan.
Di sini juga admin bagi pihak house of briyani ingin memohon maaf di atas segala kesalahan kami semasa kami beroperasi empat tahun ini. Yang tersalah order, yang terlupa booking, yang tersilap masak, jutaan kemaafan kami pohon. InsyaAllah jika ada rezeki nanti kami akan come back stronger. Doakan kami ya semua !
Terima kasih & Assalamualaikum.