Al-Waha Medina

Al-Waha Medina Kami menawarkan produk2 BERKUALITI dari Madinah Munawwarah pada harga BERPATUTAN terus ke pintu anda

Kami menawarkan produk BERKUALITI dari Madinah Munawwarah pada harga BERPATUTAN terus ke pintu anda! Kurma AJWA Madinah
Madu Asli Yaman
Minyak kecantikan Argan Maghribi
Kekacang (Almond, Pistacchio & Gajus)
Kismis

Utk makluman lanjut "FOLLOW" kami di FB dan Insta utk maklumat dan promosi dari semasa ke semasa! Utk pertanyaan lanjut Whatsapp kami di +9660549647992 (Muhammad) atau emel kami di [email protected]!

Berbaki 3 hari lagi sehingga umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan...Pastinya ramai yang tahu akan keistimew...
20/04/2020

Berbaki 3 hari lagi sehingga umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan...
Pastinya ramai yang tahu akan keistimewaan dan keutamaan bulan Ramadhan sehinggakan ianya diberikan banyak nama berdasarkan atas keistimewaan bulan ini. Diantara nama-nama tersebut ialah:
"Saiyidus Syuhur" - Penghulu Sekalian Bulan
Bulan Ramadhan diberikan gelaran ini kerana di dalam nya terdapat ibadah puasa sebulan penuh, pembayaran zakat fitrah, solat taraweeh, lailatul qadr, nuzul Al-Quran, tadarus Al-Quran, sedekah, qiamullail, tazkirah, iktikaf dan lebih banyak lagi. Oleh itu Ramadhan dikenali sebagai bulan dimana manusia diberi kesempatan untuk menebus dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih mendekati diri mereka kepada Pencipta mereka Allah Azzawajal.
"Syahrul Syiam" - Bulan Berpuasa
Seperti mana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
Perlaksanaan berpuasa di bulan Ramadhan adalah perintah Allah terhadap manusia. Lebih-lebih lagi amalan berpuasa sebulan bertindak untuk mencapai sifat Taqwa kepada Allah SWT.
"Syahrul Quran" - Bulan Quran
Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 185:
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai hidayah (petunjuk) kepada manusia dan keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pemisah antara yang hak dan yang bhatil."
Di bulan Ramadhan yang mulia, Al-Quran diturunkan kepada manusia dan justeru itu ianya teramat sesuai bagi kita untuk menghidupkan kedua-duanya.
"Syahrul Sabr" - Bulan Kesabaran
Asal usul perkataaan Ramadhan membawa maksud 'panas terik' Ia dinamakan sedemikian kerana sepanjang bulan Ramadhan di tanah Arab, cuacanya adalah amat panas terik dan kering. Maka dengan makna tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dan juga dosa orang yang berpuasa dan dapat mengimarahkan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan.
Tambahan p**a Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang tidak terbatas kepada orang-orang yang bersabar di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas." - surah Az Zumar, ayat 10.
Maka apa yang ingin disampaikan ialah, Allah SWT bersifat Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala keperluan hidup kita dipenuhi, segala hajat, permintaan dan doa dimakbulkan oleh Nya. Allah semakin redha akan hamba-hambaNya yang meminta dan merayu akan pertolongan dan petunjuk dariNya pada setiap masa. Jadi mintalah padaNya dan perbanyakkan lah doa-doa kita padaNya terutamanya pada bulan Ramadhan yang kian menjelma.
Moga dipermudahkan urusan sahabat-sahabat semua untuk meraikan kedatangan Ramadhan tahun ini, kami mendokan keselamatan serta kesejahteraan semua ummat Muslimin dan Muslimat, moga Allah memberikan kita nikmat bulan Ramadhan dan menerima segala amalan baik kita, Aamiin.
Wslm.

19/04/2020

Nabi SAW bersadba: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kpd Allah serta mengharapkan keredhaanNya akan diampunkan semua dosanya yang lepas”. Riwayat Al-Bukhari

As Salamualaikum wrt wbt. Salam segala penghulu hari.Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: ...
31/01/2020

As Salamualaikum wrt wbt. Salam segala penghulu hari.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)
Kelebihan membaca ayat al-Quran ialah setiap huruf dikira satu kebaikan yang akan dilipat gandakan menjadi 10 kebaikan.
Kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab.
Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan.
Apa yang jelas, untuk kaum Muslimin dan Muslim, pada hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir p**a menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya AKAN TETAPI adalah lebih baik untuk membaca satu surah lengkap.
Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.
Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan p**a pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Justeru itu marilah kita beramai-ramai meraikan "Raya kecil" pemberian Allah SWT untuk beramal dan memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Abam-abam semua jangan leka duduk diluar masjid bersembang dan Kakak semua janganlah leka berlegar di mall. Ambil masa 10-20 minit untuk membaca Ashabul Kahf.
Wallahu'alam, mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Wslm.

Address

Madinah Al Munawarah
Medina

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Waha Medina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al-Waha Medina:

Share

Category