Mishkah Books

Mishkah Books Mishkah Books provides relevant, contemporary and easy-to-read Islamic Books, catered to all at an affordable price

Hijrahku Ini Sebenarnya untuk Siapaoleh Ustazah Asma’ Harun, Wandri WahyudiISBN: 978-967-481-761-9Muka Surat: 352Saiz: 5...
12/02/2022

Hijrahku Ini Sebenarnya untuk Siapa
oleh Ustazah Asma’ Harun, Wandri Wahyudi
ISBN: 978-967-481-761-9
Muka Surat: 352
Saiz: 5.3" x 7.6"
Harga:$23
Self Collection: Hougang
Normal Mail: +$2
Tracked + $4
..........................................................................
Adakah hijrah kita benar-benar tulus? Atau justeru penuh dengan tipu daya.

Adakah hijrah kita benar-benar ikhlas? Atau niat kita masih salah dan tercemar.

Adakah hijrah kita benar-benar demi Allah s.w.t. atau kerana dorongan nafsu dunia.

Pertanyaan-pertanyaan inilah yang perlu kita hayati kembali dalam diri kita. Jangan sampai niat kita untuk berhijrah tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana. Jangan sampai niat kita untuk berhijrah menjadi sia-sia hanya kerana perkara yang sia-sia. Jangan sampai niat kita berhijrah hanya kerana nafsu atau wanita. Jangan sampai hijrah kita tersasar daripada tujuan sebenar.

Tanyakan pada diri, “Hijrahku ini Sebenarnya untuk Siapa?” Kemudian, jawab pada diri sendiri, “Hijrahku ini Hanya untuk Dia.” Dalami maksud dan konsep hijrah yang hakiki dengan menelusuri dan menghayati tiga bahagian dalam buku ini:

Bahagian 1
Berlapang Hati untuk Hijrah yang Hakiki

Bahagian 2
Berhijrahlah, Berbahagialah, Beristiqamahlah!

Bahagian 3
Agar Hidup Menjadi Lebih Bermakna
..........................................................................
KANDUNGAN:
BAHAGIAN 1: BERLAPANG HATI UNTUK HIJRAH YANG HAKIKI

Bab 1: Di Mana Silapnya Hijrah Saya
Bab 2: Berlapang Hati untuk Hijrah yang Hakiki
Bab 3: Hijrah Bukan Sekadar untuk Ikut-Ikutan
Bab 4: Hijrah kerana Ingin Mendapat Pasangan Idaman?
Bab 5: Niat Menjadi Penentu Hijrah Kita
Bab 6: Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya
Bab 7: Belajar Ikhlas
Bab 8: Istighfar dan Terus Beristighfar
Bab 9: Jangan Jadi Pendusta!
Bab 10: Allah Tahu Apa yang Kita Sembunyikan

BAHAGIAN 2: BERHIJRAHLAH, BERBAHAGIALAH, BERISTIQAMAHLAH!

Bab 11: Kesempatan Berubah Menjadi Lebih Baik Sentiasa Ada
Bab 12: Hilangkan Keraguan dalam Hatimu
Bab 13: Adakah dengan Berhijrah Ujian Hidup akan Berhenti?
Bab 14: Berhijrah Demi Memperoleh Kemuliaan
Bab 15: Allah s.w.t. Mengajakmu Menuju Bahagia
Bab 16: Hijrah itu Menghadirkan Ketenangan Jiwa
Bab 17: Hidup Bahagia Bersama Al-Quran
Bab 18: Tidak Mengapa Tidak Disukai Manusia, Asal Jangan Tidak Disukai Allah s.w.t.
Bab 19: Jangan Pernah Tinggal Solat
Bab 20: Mengapa Begitu Sukar untuk Istiqamah?

BAHAGIAN 3: RAHSIA HIDUP MENJADI LEBIH BERMAKNA

Bab 21: Demi Hidupmu yang Lebih Bermakna
Bab 22: Hidup untuk Mengabdikan Diri kepada Allah
Bab 23: Raih Syurga Paling Dekat
Bab 24: Setelah Hijrah, Jadilah Teladan
Bab 25: Hijrah, Menebar Cinta dan Berkongsi Rahmat
Bab 26: Sibukkan Diri Mengurus Diri
Bab 27: Hiduplah seperti Lebah
Bab 28: Kita Ibarat Satu Jasad
Bab 29: Memburu Pahala yang Terus Mengalir
Bab 30: Terus Berdoa untuk Setiap Kebaikan

Aliran Krtitik Hadis SemasaAuthor: Dr Umar Muhammad NoorPublisher: UM PressPages: 260Language: MalayDalam buku ini, Umar...
06/12/2020

Aliran Krtitik Hadis Semasa

Author: Dr Umar Muhammad Noor

Publisher: UM Press

Pages: 260

Language: Malay

Dalam buku ini, Umar Muhammad Noor mengkaji dan menguji kepelbagaian metodologi yang diamalkan pengkaji hadis semasa dalam menentukan status kesahihan hadis. Beliau mengenal pasti tiga aliran yang mendominasi perbincangan kritik hadis semasa, iaitu Sufi, Salafi dan sebuah aliran baharu yang dinamakan Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn (IMM).

Kajian beliau seterusnya difokuskan kepada metode kritik yang diamalkan oleh tiga tokoh hadis yang mewakili ketiga-tiga aliran tersebut, iaitu Maḥmūd Sa‘īd Mamdūḥ daripada aliran Sufi, Abū Isḥāq al-Ḥuwaynī daripada aliran Salafi, dan Ḥamzah al-Malyabārī daripada aliran IMM. Selepas melacak aspek sejarah dan meneliti epistemologi ketiga-tiga aliran, penulis mendedahkan sebabsebab perbezaan pandangan ketiga-tiga tokoh aliran dalam menilai kesahihan hadis dengan membandingkan prinsip dan kaedah yang mereka amalkan dalam penetapan status perawi dan kebersambungan sanad, serta dalam menganalisis ‘illah dan menaiktaraf hadis lemah.

Penulis selanjutnya mencadangkan tujuh kaedah praktikal untuk dijadikan panduan dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pandangan yang sering dijumpai dalam perbincangan kritik hadis semasa. Kajian buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran terkini berkenaan perkembangan ilmu hadis pasca al-Albānī. Umar Muhammad Noor adalah pensyarah kanan di bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau sering terlibat dalam pelbagai penyelidikan ilmiah berkenaan hadis dan dijemput oleh badan kerajaan dan swasta untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan hadis dan kemasyarakatan.

Price: $27 (inclusive of postage)

DM us to order!

The Human's Complex Author: Zamir Mohyedin & N.H.MBuku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelaku...
22/11/2020

The Human's Complex

Author: Zamir Mohyedin & N.H.M

Buku ini akan membawa kita menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi. Semoga kandungan buku ini dapat membuka minda kita semua, menjadi asbab untuk kita bermuhasabah diri untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

Recommended Readers: All

Price: $16

Do DM us to order!

Lipur Lara NusantaraAuthor: Ninot AzizKisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagia...
22/11/2020

Lipur Lara Nusantara

Author: Ninot Aziz

Kisah Hang Tuah, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang dan Sang Kancil merupakan sebahagian kecil sahaja daripada pelbagai lagi cerita rakyat di Nusantara.

Namun untuk pengetahuan anda semua, masih terdapat pelbagai lagi cerita rakyat, hikayat, legenda yang tidak banyak diketahui oleh masyarakat. Misalnya, kisah empat ratu Pattani mentadbir negara dengan penuh berwibawa dan berjuang mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh serta bagaimana Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bertarung hebat sehingga kawasan pertarungan menjadi padang jarak padang tekukur.

Recommended Readers: All

Price: $16(inclusive of postage)

Do DM us to order!

Combo Kitab Tamadun Author: Ibn Jawi & Panel Penulis The Patriots Kitab Tamadun Islam:Tamadun yang pada asalnya bermula ...
22/11/2020

Combo Kitab Tamadun

Author: Ibn Jawi & Panel Penulis The Patriots

Kitab Tamadun Islam:

Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.

Kitab Tamadun Melayu:

Adakah anda sudah lupa tentang bagaimana bangsa kita dipuja oleh penghuni dunia? Dari tempat bersemayam Izanagi, perlahan-lahan berita tentang kita merayap ke Sungai Kuning yang menyimpan seribu legenda raja agung dari kayangan dan juga ketika kita pernah dijulang di bumi Mahabharata yang menjadi latar sebuah cerita para dewa.

Tetap harum di tanah Arab tempat lahirnya Nabi akhir zaman dan kisah kita pernah terpasak di tanah para nabi, tempat kononnya Isa disalib. Khabar mengenai kita tetap bersemayam di hujung Eropah, bumi dua anak kembar yang dijaga serigala lalu terbitnya sebuah empayar.

Ketika 88 bahasa ditutur di pelabuhan teragung, bahasamu tetap menjadi raja. Kata seorang pendeta Belanda, “Kau bukan seorang intelektual, jika bahasa ini tidak sebati dengan lidahmu.” Wahai bangsa perang, wahai bangsa pendeta, wahai bangsa diplomat agung, bangkitlah mengembalikan keagungan!

Recommended Readers: All & History enthusiasts

Price: $42 (inclusive of postage)

Do DM us to order!

Mencabar Teori KonspirasiAuthor: Ibn Jawi & Ayman Rashdan WongTeori Konspirasi.Kini seolah-olah menjadi fardhu ain bagi ...
22/11/2020

Mencabar Teori Konspirasi

Author: Ibn Jawi & Ayman Rashdan Wong

Teori Konspirasi.

Kini seolah-olah menjadi fardhu ain bagi setiap rakyat Malaysia
yang beragama Islam. Ia dibicarakan seperti bakal penyelamat ummah. Ada beratus buku best-seller lahir seperti cendawan selepas hujan.

Ustaz-ustaz yang membahaskannya p**a mengecapi kemasyhuran dan pengikut yang tidak mampu mereka bayangkan.

Tapi nanti dulu, ada sesuatu yang tidak kena pada teori yang dipeluk oleh umat sejagat. Teori ini ada sisi gelap yang menunggu masa untuk dibongkarkan.

Justeru, Ibn Jawi dan Ayman Rashdan Wong bekerjasama untuk mencabar teori yang sudah lama dipeluk seperti wahyu oleh kebanyakkan kita.

Recommended Readers: All & Conspiracy Theory Enthusiast

Price: $14.50 (inclusive of postage)

Do DM us to order!

Mistik Alam Melayu Author: Naim Nadjis Ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu s...
22/11/2020

Mistik Alam Melayu

Author: Naim Nadjis

Ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar

Price: $14.50 (price is inclusive of free postage)

Do DM us to order!

Jangan Selewengkan Sejarah MelayuAuthor: Helmi Effendy Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilem...
22/11/2020

Jangan Selewengkan Sejarah Melayu

Author: Helmi Effendy

Buku ini menjawab tohmahan serta tuduhan negatif yang telah dilemparkan terhadap sejarah Melayu. Semoga usaha ini dapat menegakkan fakta serta menangkis penyelewengan yang dilakukan. Hanya dengan pengetahuan sejarah yang benar dapat membentuk jati diri dan keyakinan anak bangsa.

Recommended Readers: History/Malay enthusiast

Price: $16 (price is inclusive of free postage)

Combo Mizi Wahid Author: Ust Mizi WahidSinopsis Call Upon HimIn this book, tips are written on the recommended times and...
22/11/2020

Combo Mizi Wahid

Author: Ust Mizi Wahid

Sinopsis Call Upon Him

In this book, tips are written on the recommended times and methods, encouragement is given to stay in faith throughout the long wait and selected supplications are written to keep us connected to Allah s.w.t. through constant remembrance and prayer

Sipnosis You Are Loved

In this book, the author explores the concept of love and its impact on our lives. With his signature narration style of hope and compassion, ‘You Are Loved’ is not just emotionally inspiring but also spiritually empowering— it is the companion that we all need as we try to find our way back to the real meaning of love.

Sipnosis The Art of Letting God

Do you feel overwhelmed right now with all the pressure and uncertainties of life?

Does the thought of your past failures, failed relationships, and negative labels drag you down?

Have you ever wished that you could just leave everything behind and start fresh?

Are you ready to finally let go, move on and live a happy and joyful life?

If you keep bringing negative baggage from yesterday into today, it will eventually poison your future. Your problems are real. And you may have had an unfair past, but the truth is, you don't need to have an unfair future.

You may have had a rough start in your marriage, your business, your career - but it's not how you start that matters most, it's how you finish. Let us begin the exploration of your journey towards "surrendering" in this book. And may we all find the strength to let go, the capacity to
forgive, and the faith to move on.

Recommended Readers: All

Price: $65 (price is inclusive of free postage)

Sebelum Kita Bernikah Author: Hilal Asyraf"Bila nak kahwin?""Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hati...
20/11/2020

Sebelum Kita Bernikah

Author: Hilal Asyraf

"Bila nak kahwin?"

"Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik, mungkin memang sudah tiba mas untuk dia bernikah.

Adakah perlu ada calon dulu, baru persiapan diri?

Atau persiapkan diri dulu, baru cari calon?

---

Buku ini bukan mahu membahaskan tentang bercinta sebelum atau selepas nikah. Ia hadir sebagai bimbingan buat kita menguruskan perasaan, disaat kita mencari cinta sehinggalah menempuh alam rumah tangga.

Buku ini sesuai untuk mereka yang:

1. Berniat untuk bernikah.
2. Sedang merancang dan mencari panduan pernikahan.
3. Merasakan dirinya sudah jatuh cinta dan mahu mengambil langkah seterusnya.

Price: $16 (price is inclusive of postage)

Combo Cinta: Bawa Cinta Kita ke Syurga & Merawat Cinta Dalam Rumah TanggaAuthor: Pahrol Mohamad JuoiManusia secara fitra...
20/11/2020

Combo Cinta: Bawa Cinta Kita ke Syurga & Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga

Author: Pahrol Mohamad Juoi

Manusia secara fitrahnya inginkan cinta.

Tetapi, cinta semata-mata tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian sesebuah rumah tangga, terutamanya apabila pasangan sudah jemu dan mula berubah.

Maka, adakah kita sudah tersilap memilih pasangan?

Haruskah rumah tangga berakhir dengan hilangnya cinta?

Buku ini mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T.

Penulis memberi nasihat bagaimana kita harus mengemudi bahtera sehingga akhirnya, kita mencapai matlamat perkahwinan yang sering disebut-sebut itu: SYURGA.

Recommended Readers: Married Couples

Price: $30 (price is inclusive of postage)

Do DM us to order!

Rehatkan Hati dengan Solat Author: Pahrol Mohamad JuoiRehatkan kami dengan solat, wahai Bilal."Begitu kata-kata Rasulull...
20/11/2020

Rehatkan Hati dengan Solat

Author: Pahrol Mohamad Juoi

Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal."

Begitu kata-kata Rasulullah SAW kepada Bilal RA.

***

Saban hari, rutin harian yang kita lalui menemukan kita dengan masalah dan cabaran yang membuatkan hati kita berasa letih dan penat. Kita mencari kerehatan dengan hiburan, makan-makan, jalan-jalan, bahkan juga solat. Tetapi rehatnya hati ini cuma sementara. Selang beberapa ketika, ia kembali lesu dengan masalah dunia.

Solat yang seharusnya menjadi kerehatan, dirasakan seperti beban.

Takbir, rukuk, sujud dan salam, hanya tinggal gerakan dan ucapan kosong tanpa kesan dan impak pada hidup. Ketenangan yang dicari masih belum dirasai.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol membawa pembaca ke alam solat yang mampu merehatkan hati yang semakin gusar dengan dunia. Hakikatnya, jarak di antara hati dengan ketenangan yang diinginkannya ialah sebuah solat yang tulus penuh makna.

Recommended Readers: All

Price: $17

Do DM us to order!

Address

Singapore

Telephone

82361987

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mishkah Books posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mishkah Books:

Shortcuts

Share

Category