26/09/2021
Solat tapi tak faham apa yang kita baca?
bit.ly/fahamsolat
90% Pelajar Tidak Faham Maksud Bacaan Dalam Solat
Kajian tinjauan di kalangan pelajar sebuah universiti dan beberapa sekolah menengah oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan rakan-rakan pensyarah di UPSI menunjukkan hampir 90% daripada pelajar tidak dapat memahami erti apa yang mereka baca dalam solat, termasuk surah Al-Fatihah.
Untuk mengatasi kelemahan ini, kumpulan beberapa pensyarah di UPSI telah mengambil inisiatif menterjemahkan ayat, surah, dan doa yang dibaca dalam solat ke dalam bahasa Melayu.
Tujuannya adalah bagi memberi pengetahuan dan kefahaman asas apa yang dibaca dalam solat.
Terjemahan ini dibuat secara per-kata dan keseluruhan. Kandungan buku ini dibahagi kepada beberapa bab kecil, dan dalam setiap bab terdapat latihan-latihan mudah bagi memudahkan pelajar atau sesiapa belajar bacaan dalam solat, sama ada dengan panduan guru atau belajar sendiri.
Tujuan buku ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja bagi memahami pengertian asas bacaan dalam solat.
Buku ini mengandungi terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu secara per-kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca.
Oleh itu, diharapkan ini dapat membantu kita semua untuk:-
memahami serta menghayati apa yang dibaca
menunaikan solat dengan lebih bermakna dan khusyuk
belajar bahasa Arab berasaskan perkataan, ayat, surah dan doa dalam solat.
Ini menjadi asas permulaan untuk belajar bahasa Arab dan memahami kandungan Al-Quran seterusnya.
Imam Al-Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud: “Dirikan solat untuk mengingati-Ku” (surah Ta Ha, ayat 14) serta hadith-hadith Rasulullah bagi menunjuk dan menghuraikan betapa perlunya ‘menghadirkan hati’ dan khusyuk semasa solat.
Untuk ini adalah penting pengamal solat memahami dan menghayati apa yang dibaca dalam solat.
Dapatkan Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu dengan $5 diskaun di SINI -> bit.ly/fahamsolat