15/05/2026
SESI KE-3
Mengetengahkan sumbangan dan peranan wanita dalam keilmuan dan periwayatan hadis menerusi pembacaan buku Muhaddisat oleh Shaykh Mohammad Akram Nadwi.
Dibimbing oleh Ustazah Siti Halimah Binte Latiff.
📍Nurul Anwar Bookstore
58 Bussorah Street, Tingkat 2
S(199474)
🗓️ Sabtu ke-2 setiap bulan selama 6 sesi
Bermula 17 Jan 2026, Sabtu
⏱️2 ptg - 3 ptg
📝Aturcara sesi:
• Sebelum menghadiri setiap sesi, peserta digalakkan untuk membaca bab-bab yang akan dibincangkan (pre-reading)
• Ustazah akan memberi rumusan setiap bab dan selepas itu
• Peserta mengajukan soalan atau refleksi pemahaman
• Buku boleh didapatkan di Nurul Anwar Bookstore
📙Tentang Buku Muhaddisat:
Wanita Periwayat Hadis membuka lembaran kisah-kisah hebat ilmuwan wanita yang pernah berdiri di barisan hadapan dalam penyebaran ilmu hadis. Siapa sangka, di sebalik naratif yang mengatakan bahawa Islam sering mengetepikan suara wanita, hakikatnya telah wujud jaringan ilmuwan Muslimah yang mengajar, meriwayat dan dihormati di pusat-pusat ilmu terkemuka? Karya ini bukan sahaja menyentuh hati dan mencabar persepsi, malah membuktikan bahawa wanita telah menjadi teras dalam dunia keilmuan Islam sejak zaman awal Islam lagi.
Ini adalah sesi khas untuk Muslimah. Tiada bayaran dikenakan.