27/11/2025
Birkin International Hotel Melaka (17-18/8/25)
Minggu ni aku ke Melaka, try dua hotel. Hotel pertama ni baru je bukak bulan Februari lepas. Lokasi dia kat Pantai Klebang, ada dua bangunan, satu residen. Dengar cerita kat internet, hotel ni milik syarikat dari Taiwan. Aku booking direct dari hotel sebab ada beli voucher RM400 masa MATTA Fair bulan April lepas. Voucher ni untuk bilik Deluxe Suite dengan sarapan untuk dua orang.
Sampai hotel lebih kurang pukul 12.25 tengah hari, terus ke lobi kat bawah. Lobi dia luas giler, cantik! Ada restoran sekali kat lobi. Terus check-in, tak payah deposit pun. Nasib baik dapat free upgrade ke bilik Deluxe Premier Suite Higher Floor! Check-in kejap je, thanks En Fairus Azua.
Dah dapat kad bilik, terus naik lif ke tingkat 33. Ada lima lif, tak ramai orang jadi tak payah tunggu lama. Kena hati-hati sebab setiap lif pergi tingkat tertentu je.
Bilik Deluxe Premier Suite ni 592 kaki persegi, luas gila kalau banding dengan Deluxe Suite yang 505 kaki persegi. Masuk bilik, ada sinki kat kiri pintu. Ada jugak alat bancuh air, mesin kopi, peti ais mini. Lepas tu ada almari besar. Dalam almari ada tempat sangkut baju, safe box, dengan seterika. Iron board takde p**ak.
Kat ruang katil, ada katil king, sofa besar kat tepi. Depan sofa ada meja kopi. Depan katil ada kabinet letak barang. Sebelah kabinet ada meja kerja kecik dengan kerusi. TV p**ak gantung kat dinding, besar, mungkin 70 atau 75 inci. Semua bilik ada balkoni, bilik aku ni view laut dengan Pantai Klebang.
Bilik air kat tepi pintu masuk, luas jugak. Ada sinki, tandas, ruang pancuran. Ruang pancuran ada bathtub sederhana besar. Ruang pancuran ni ada cermin transparent. Hotel ni cuma ada satu jenis pancuran je, takde paip, guna mangkuk tandas ada paip kecik. Sebagai hotel 5 bintang, semua peralatan mandi lengkap. Tuala mandi pun besar giler.
Hotel ni lengkap dengan semua fasiliti hotel 5 bintang lain. Aku s**a sangat landskap dia, cantik. Ada taman permainan kanak-kanak luas kat Tingkat 7. Kolam renang pun kat tingkat sama, infinity pool view laut. Saiz kolam besar, ada kolam renang kanak-kanak sekali. Buka pukul 7 pagi, tutup pukul 8 malam. Kat tingkat sama ada gimnasium dengan bilik permainan, buka pukul 7 pagi sampai 10 malam. Ada jugak Kids Club besar, buka pukul 9 pagi sampai 9 malam. Spa pun ada, kat Tingkat 7 jugak.
Sarapan kat restoran lobi. Pilihan tak banyak, tapi bagi aku dah cukup. Aku sempat makan beberapa menu, sedap. Hotel ni ada servis in-room dining, tapi harga dia mahal sikit. Contoh, laksa kari RM50, nasi lemak ayam goreng berempah RM50. Dalam bilik wifi percuma 29mbps. Untuk telco, CelcomDigi 296mbps, Tune Talk 244mbps. Siaran TV semua HD, banyak channel percuma. Tekanan air kat bilik mandi tak berapa kuat, mungkin sebab bilik aku tinggi. Kalau bawak kereta, hotel ada parking percuma.
Hotel ni memang sesuai untuk family, nak santai dengan anak-anak. Bilik luas, banyak fasiliti terutamanya untuk kanak-kanak. Lokasi dia 500 meter je dari Pantai Klebang. Malam, suasana pantai meriah. Harga hotel memang mahal, tapi kalau fikir keluasan bilik dengan fasiliti yang ada, memang berbaloi. Nak ke Bandar Melaka kena drive, lebih kurang 10 km.
Banyak gambar aku ambil sebab hotel ni memang cantik. Kalau nak baca review aku untuk hotel lain, boleh tengok kat ruangan aku dalam group ni. Nak tahu lebih detail pasal staycation aku, follow aku kat FB. Terima kasih sudi baca 😎
---
My Blog: https://my.dulichdau.com