28/05/2026
24 MAY 💜 24.05.26 💜 GEMINI
Selamat hari lahir untuk diri sendiri 🤍
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur, masih beri peluang untuk jadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Ya Allah,
sempena pertambahan usia ini, aku mohon Kau kurniakan kesihatan yang baik, tubuh yang kuat dan hati yang tenang.
Permudahkan aku untuk terus istiqamah dalam ibadah, dekat dengan-Mu walau dalam apa jua keadaan.
Murahkanlah rezekiku, berkati setiap usaha dan pekerjaanku, bukakan pintu kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan.
Jadikan aku insan yang bukan sahaja senang menerima, tetapi juga banyak memberi.
Jika Kau limpahkan rezeki yang mewah, jadikan aku hamba yang pemurah, yang mampu bersedekah lebih banyak dan membantu ramai orang.
Lindungi aku daripada perkara yang buruk, jauhkan aku daripada hati yang mudah putus asa, iri hati dan lalai.
Kurniakan aku kebahagiaan, ketenangan, sahabat yang baik, keluarga yang sentiasa diberkati dan masa depan yang indah.
Dan apabila sampai waktuku nanti, Kau jemputlah aku dalam husnul khatimah, dalam iman yang baik, hati yang tenang dan pengakhiran yang Engkau redhai.
Semoga usia yang bertambah ini menjadikan aku lebih matang, lebih kuat, lebih sabar dan lebih bersyukur.
Aku percaya, yang baik-baik sedang menuju kepadaku dengan izin Allah 🤍✨