Penerbit MARDI

  • Home
  • Penerbit MARDI

Penerbit MARDI Peneraju Buku-Buku Pertanian Malaysia

https://linktr.ee/penerbitmardi Penerbitan MARDI bermula sejak tahun 1971.

Penerbitan MARDI terdiri daripada penerbitan berkala dan tidak berkala. Penerbitan berkala merupakan penerbitan bersiri seperti jurnal, laporan tahunan MARDI, buletin, majalah, siri panduan usahawan dan newsletter. Penerbitan jurnal, Buletin Teknologi MARDI, Newsletter Scientia dan IMEJ Komunikasi MARDI diterbitkan secara dalam talian, manakala penerbitan berkala yang lain dicetak. Penerbitan tida

k berkala pula seperti manual teknologi, laporan MARDI, buku ilmiah, buku mewah, buku am dan lain-lain. BELI - BACA - PINJAM

Pembelian buku:
Bercetak: http://ebookshop.mardi.gov.my/
Digital/ebook: e-sentral.com/p/penerbitmardi

Pinjaman buku digital/ebook (Perpustakaan Digital MARDI): mardi.elib.com.my

11/06/2026
09/06/2026

8𝟬 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜

Acara agro terbesar negara bakal kembali!
MAHA 2026 menjanjikan pengalaman yang lebih meriah dengan teknologi pertanian terkini, pameran interaktif, produk inovasi, usahawan agro, makanan menarik, aktiviti keluarga dan pelbagai tarikan eksklusif yang tidak boleh dilepaskan.

📍 MAEPS, Serdang
📅 28 Ogos – 6 September 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

Jangan tunggu sehingga orang lain berkongsi pengalaman mereka. Tandakan kalendar anda sekarang dan jadilah sebahagian daripada kemeriahan MAHA 2026!

Dengan penuh rasa kesyukuran, Penerbit MARDI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengun...
08/06/2026

Dengan penuh rasa kesyukuran, Penerbit MARDI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi hadir memeriahkan reruai kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Penghargaan turut ditujukan kepada para rakan pempamer atas kerjasama strategik dan sokongan padu yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh urus setia dan petugas yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran operasi reruai serta kejayaan penyertaan Penerbit MARDI dalam acara berprestij ini.

Akhir kalam, kami menantikan pertemuan seterusnya dengan penuh harapan.

Jumpa lagi di PBAKL 2027.

07/06/2026

HARI TERAKHIR PBAKL 2026!

Jujurnya, tenaga kru sudah hampir ke penghujung. Sejak hari pertama, semuanya bertungkus-lumus dari pagi hingga malam demi memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan terbaik dan buku-buku terbaik daripada Penerbit MARDI.

Namun, perjuangan masih belum selesai.

Hari ini merupakan hari penentu. Sasaran jualan PBAKL hampir dicapai. Agak lewat sedikit daripada yang kami harapkan tetapi selagi pintu PBAKL masih terbuka, selagi itu peluang masih ada.

Sebab itu kami mengajak semua yang masih berkira-kira untuk datang. Jangan tangguh lagi. Jangan kata "nanti". Jangan kata "tahun depan".

Hari ini hari terakhir. Malam ini penutupnya. Esok memang dah tak ada dahhh!

Jika ada buku pertanian yang anda cari, jika ada ilmu yang ingin dibawa p**ang, inilah masanya.

📍 Reruai 841, Dewan Tun Razak 4, WTCKL

Mari bantu kami menutup tirai PBAKL 2026 dengan penuh makna dan insya-Allah, melepasi sasaran yang diimpikan.

Jumpa anda di reruai Penerbit MARDI..

Menjunjung kasih atas kunjungan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sult...
06/06/2026

Menjunjung kasih atas kunjungan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ke reruai Penerbit MARDI bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Baginda berkenan meluangkan masa meninjau pelbagai judul terbitan Penerbit MARDI serta mendapatkan beberapa naskhah buku berkaitan pertanian dan penanaman. Kunjungan ini merupakan satu penghormatan dan suntikan semangat kepada warga Penerbit MARDI dalam usaha memperkasakan penyebaran ilmu dan teknologi pertanian kepada masyarakat.

Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian berkunjung ke reruai Penerbit MARDI.

05/06/2026

Selalu edit buku dekat office je, tiba-tiba PBAKL 2026 kena buat content p**a 🫠

Perbincangan penerbitan bersama Penerbit MARDI dan Kump**an Karangkraf telah diadakan bagi meneroka peluang kerjasama st...
04/06/2026

Perbincangan penerbitan bersama Penerbit MARDI dan Kump**an Karangkraf telah diadakan bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan dan penerbitan bahan ilmiah serta umum.

Sesi ini bersama Pn. Firdaus Hussamuddin, CEO Grup Buku Karangkraf dan dihadiri oleh Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, En. Kamarul Anuar Ismail, Dr. Zulhazmi Sayuti, Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan Buku, Pn. Hazida Syima Hamazah, Timbalan Pengarah Program Penerbitan dan Sumber Ilmu serta beberapa orang pegawai.

Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi.

Si cilik yang turut hadir di booth Penerbit MARDI. Terima kasih adik-adik 🧒🏻👦🏻
03/06/2026

Si cilik yang turut hadir di booth Penerbit MARDI. Terima kasih adik-adik 🧒🏻👦🏻

Terima kasih kepada pelanggan setia dari Brunei Darussalam yang telah mendapatkan buku baharu terbitan MARDI bertajuk In...
03/06/2026

Terima kasih kepada pelanggan setia dari Brunei Darussalam yang telah mendapatkan buku baharu terbitan MARDI bertajuk Input Pertanian Mesra Alam dan Lestari: Penggunaan Racun Makhluk Perosak Secara Lestari dalam Pertanian.

Ini bukanlah pembelian pertama beliau. Malah, buku-buku terbitan MARDI sentiasa menjadi rujukan utama dalam tugasan dan kerja harian beliau. Kepercayaan yang diberikan oleh pembaca dari luar negara ini membuktikan bahawa penerbitan MARDI terus relevan dan menjadi sumber ilmu yang bernilai kepada masyarakat serta penggiat industri pertanian. Terima kasih atas sokongan berterusan terhadap penerbitan MARDI.

Address

Blok A6, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM

43400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60389536921

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbit MARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penerbit MARDI:

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Shop?

Share